• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Catat 3.4% Pengangguran, Masih Terkawal

oleh Cj Mnh
14/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kadar pengangguran sebanyak 3.4 peratus yang direkodkan pada suku pertama tahun ini meletakkan Malaysia sebagai negara guna tenaga penuh.

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Datuk Mohd Jeffrey Joakim berkata ini berdasarkan takrifan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bahawa mana-mana negara yang merekodkan pengangguran bawah 4.0 peratus sebagai negara guna tenaga penuh.

“Kadar pengangguran di Malaysia dalam julat 3.3 hingga 3.4 peratus adalah baik dan terkawal,” katanya semasa ditemui pada Pertandingan Terbuka Pidato Kerjaya Sekolah Menengah Negeri Perlis dan pelancaran Sambutan 1Dekad JTK Perlis di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Perlis di sini, hari ini.

Beliau berkata kestabilan ekonomi dan politik semasa negara menyumbang kepada kadar pengangguran yang rendah.

Mengenai pemberhentian pekerja oleh beberapa syarikat di negara ini, beliau berkata ia bukan disebabkan kelembapan ekonomi tetapi kerana syarikat terbabit memindahkan operasi mereka ke kawasan lain.

Pada majlis itu Mohd Jeffry menyampaikan hadiah kepada 10 pemidato yang mengambil bahagian serta menyampaikan Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kelainan Upaya (SBGPOKU) berjumlah RM100,000 kepada tiga penerima.

Setakat Julai lepas seramai 200 OKU telah menghantar permohonan kepada JTK memohon geran di bawah skim itu, bagi mengembangkan perniagaan mereka. – BERNAMA

Tags: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung MalaysiaPenganggur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd