Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Terpaksa Kendali Anjing Dalam...

SEORANG anak Malaysia telah mengharumkan nama negara dengan menyertai ekspedisi 'Fjällräven Polar 2018'...

Sempoi Je.. Sultan Johor...

SATU gambar menunjukkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar sedang menjamu selera...

Syed Saddiq Bertanding PRN...

JOHOR BAHRU: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...

Warga Emas Maut Dirempuh...

KANGAR - Seorang warga emas maut apabila kereta wira yang dipandunya dirempuh sebuah...

Malaysia 1 Dibida Pada RM1.11 Juta

PUTRAJAYA – Nombor siri pendaftaran kenderaan khas ‘Malaysia 1’ dibida pada harga RM1,111,111 sekali gus menjadi nombor tertinggi pernah dibida dalam sejarah.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata jumlah jualan kesemua nombor khas 1 hingga 10 bagi siri ‘Malaysia’ yang dikeluarkan sempena Hari Kebangsaan adalah bernilai RM3.6 juta.

“Setakat ini kerajaan mendapat hasil kutipan tender keseluruhan sebanyak RM13.16 juta bagi siri nombor pendaftaran khas Malaysia.

“Sebelum ini berlaku banyak ‘ketirisan’ pada pentadbiran sebelum ini apabila nombor-nombor khas ini hanya diberikan kepada badan bukan kerajaan untuk dijual dengan harga tender sebanyak RM1 juta.


“Tetapi hari ini kita buktikan dengan hanya nombor 1 hingga 10 sahaja, kita boleh raih RM3.6 juta,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, satu-satunya nombor pendaftaran yang tidak ditender adalah Malaysia 2020 yang akan dikhaskan bagi kenderaan rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selai itu katanya, nombor ‘Malaysia 1’, ‘Malaysia 2’ dan ‘Malaysia 4’ dibida oleh syarikat Aldi International Sdn Bhd. – BH Online

Kategori