• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaria: Majikan Diingat Pastikan Pekerja Asing Disaring

oleh
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Majikan terutamanya syarikat perladangan diingatkan supaya memastikan setiap pekerja asing mereka melalui prosedur saringan malaria semasa masuk ke negara ini bagi memastikan penyakit itu tidak terus menular di negara ini, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata walaupun bilangan kes malaria di negara ini telah menurun, komitmen dan sokongan daripada semua pihak masih diperlukan bagi mencapai sifar malaria menjelang 2020.

“Masih terdapat risiko jangkitan semula di kawasan yang telah diisytiharkan bebas malaria disebabkan faktor kemasukan pekerja asing dari negara yang bermasalah malaria atau rakyat Malaysia yang bekerja di negara berisiko malaria.

“​Pihak majikan antaranya bertanggungjawab menyediakan kelambu berubat kepada pekerja bagi melindungi daripada gigitan nyamuk dan memastikan pekerja menjalani pemeriksaan di klinik dengan segera jika mengalami gejala malaria,” katanya pada majlis perasmian Sambutan Hari Malaria Sedunia peringkat Kebangsaan di Felcra Lubuk Sireh di sini, hari ini.

Perasmian program itu disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Dzulkefly berkata penduduk yang terlibat dengan aktiviti berisiko di hutan seperti memburu dan pembukaan tanah baharu untuk pertanian juga perlu mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menggunakan ubat penghalau nyamuk.

“Bagi penduduk yang bekerja di negara bermasalah malaria atau bekerja di kawasan hutan untuk jangka masa panjang, mereka perlu mendapatkan nasihat daripada pejabat kesihatan berhubung langkah pencegahan yang bersesuaian,” katanya.

Hari Malaria Sedunia adalah antara lapan sambutan Hari Kesihatan Awam Global yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang disambut pada 25 April setiap tahun bagi mengiktiraf usaha-usaha global dalam mengawal penyakit itu. – BERNAMA

Tags: Dr Dzulkefly AhmadKes Malariapekerja asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sekarang Sudah Terbalik 80 Peratus Pekerja Asing, 20 Peratus Pekerja Tempatan” – Johari Ghani Tegur Pihak Industri

“Sekarang Sudah Terbalik 80 Peratus Pekerja Asing, 20 Peratus Pekerja Tempatan” – Johari Ghani Tegur Pihak Industri

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegur pihak industri yang masih bergantung kepada...

Lim Guan Eng Dakwa PMX Dikelirukan Berkenaan Caruman KWSP Pekerja Asing

Lim Guan Eng Dakwa PMX Dikelirukan Berkenaan Caruman KWSP Pekerja Asing

31/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan maklumat salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd