• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makmal Dadah Dibongkar, Penjawat Awam Antara 4 Ditahan

oleh Ahmad Albab
10/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis membongkar sebuah makmal memproses dadah dan menahan empat lelaki termasuk seorang penjawat awam serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM500,000 dalam beberapa serbuan di sekitar Pulau Pinang, pada Rabu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Seri A. Thaiveegan berkata hasil risikan dan intipan sejak dua minggu lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pulau Pinang menyerbu sebuah kondominium yang dijadikan makmal memproses pelbagai jenis dadah di Jalan Batu Uban, Gelugor pada 2.45 petang.

“Semasa serbuan itu terdapat dua lelaki berumur 40 dan 54 tahun sedang memproses dadah serta berdasarkan siasatan dua lelaki yang tidak bekerja itu mempunyai kepakaran memasak dadah.

“Polis merampas 12 kilogram (kg) dadah jenis heroin; heroin base (1.5kg), kafein (51.7kg), dan syabu seberat 0.5kg serta pelbagai barang yang digunakan untuk memproses dadah. Semua dadah itu bernilai RM500,000,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata susulan serbuan itu, polis menahan seorang penjawat awam berumur l berumur 51 tahun di pejabatnya di Butterworth dan seorang lagi lelaki berumur 47 tahun di Sungai Batu, Bayan Lepas, disyaki anggota sindiket memproses dan mengedar dadah berkenaan.

Thaiveegan berkata berdasarkan siasatan, mereka menyewa kondominium mewah itu sejak enam bulan hingga setahun lepas untuk dijadikan makmal memproses dadah dan berpindah dari satu kawasan ke kawasan lain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Beliau berkata polis turut menyita lima kereta iaitu Honda Civic, Honda City, Perodua Bezza, Mercedes Benz C200 dan Perodua Axia serta dua motosikal, dua utas jam tangan berjenama serta tiga akaun bank milik mereka.

“Polis kini sedang mengesan beberapa lagi anggota sindiket itu. Mereka mendapatkan bekalan dari negara jiran dan memprosesnya di makmal itu sebelum membungkus serta menjual di sekitar Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata dua daripada empat lelaki itu mempunyai rekod jenayah dan positif dadah. Kesemua mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: dadahPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd