• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Syura Tentukan Kerjasama PAS-UMNO

oleh Cj Mnh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Kerjasama antara PAS dan UMNO selepas pilihan raya umum lalu bergantung kepada keputusan pimpinan parti termasuk Majlis Syura Ulama PAS, kata Ketua Pemudanya Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Beliau berkata setakat ini prinsip PAS kekal berpegang kepada konsep ‘taawum’, iaitu penyatuan atau kerjasama dalam perkara kebaikan dan bukan perkara kejahatan.

“Kita akan lihat dari semasa ke semasa bukan sahaja dengan UMNO, Pakatan Harapan (PH) pun sama… keperluan untuk membentuk gagasan UMNO-PAS sekarang belum ada… ia bergantung kepada Majlis Syura Ulama PAS,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Johor di Kompleks PAS Sungai Tongkang, di sini, hari ini.

Muhammad Khalil mengulas kenyataan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dalam blognya semalam yang menggesa PAS dan UMNO bersatu dan tidak boleh bersendirian sekiranya mahu memberi keputusan lebih positif pada pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA

Tags: Majlis SyuraPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd