• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Kini Mahu China Bantu Ekonomi Malaysia

oleh Haris
20/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS mengutuk projek-projek pelaburan China di Malaysia sebagai menggadai negara kepada China, Tun Dr Mahathir Mohamad kini meminta simpati dan bantuan China untuk memastikan ekonomi negara terus pesat.

Dalam lawatannya ke China, Perdana Menteri Mahathir hari ini memohon bantuan pemimpin China untuk memulihkan ekonomi negara, pada masa yang sama projek-projek pelaburan China ingin dirombak.

Sepanjang kempen pilihan raya umum yang lalu, Mahathir mengetuai Pakatan Harapan menkritik projek-projek China dalam usaha menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kerajaannya telah menggantung beberapa projek China bernilai lebih AS$22 bilion termasuk sebuah projek keretapi atas alasan perjanjian berat sebelah.

Mahathir dan menteri-menteri kerajaannya bagaimanapun berubah-ubah pendirian berhubung projek China dan sebuah projek kerjasama dengan Singapura, hingga menimbulkan suasana ketidakpastian.

Mahathir dalam satu sidang media bersama Perdana Menteri China Li Keqiang mengucapkan terima kasih kepada China kerana bersetuju untuk meningkatkan import durian.

Beliau bagaimanapun menuntut lebih lagi bantuan daripada China.

“Saya percaya China akan melihat masalah yang perlu kami selesaikan dan bersimpati, dan mungkin dapat membantu menyelesaikan beberapa masalah fiskal dalaman kami,” katanya.

Mahathir sebelum ini berkata perjanjian kerajaan dahulu dengan China akan dibatal atau diubah kerana kerajaan perlu menjimatkan wang.

Kini Mahathir bagaimanapun kelihatan mahu China membantu Malaysia, dan beliau turut dijangka meneruskan semula beberapa projek dengan pelabur China.

Dalam lawatan ini, Mahathir turut menyaksikan majlis tandatangan kerjasama Geely dengan Proton, usahasama yang dikecam beliau sebelum ini.

Lawatan Mahathir ke Beijing ini ialah satu usahanya untuk memulihkan hubungan diplomasi dan perdagangan dengan China, kuasa ekonomi terbesar Asia masa kini. – Agensi/Mynewshub.tv

Tags: ChinaGeelyProtonTun Dr Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd