• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Macau Scam : Warga Emas Ditipu RM10,000

oleh Ahmad Albab
24/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang warga emas kerugian RM10,000 selepas diperdayakan seorang wanita daripada sindiket ‘Macau Scam’, Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusuf berkata suri rumah berusia 60 tahun itu mendakwa dihubungi seorang wanita pada 4 petang, 20 Ogos lepas memaklumkan kononnya dia mempunyai hutang tertunggak di sebuah bank dan diarahkan untuk membuat laporan di Balai Polis Terengganu.

Beliau berkata wanita itu, bagaimanapun menawarkan diri untuk menyambung panggilan mereka terus kepada ‘Sarjan Roslan’ yang kemudian meminta mangsa untuk bercakap dengan isterinya, Liza, yang menakutkan mangsa serta mengaitkan diri warga emas itu dengan kes dadah dan penggubahan wang haram.

“Liza seterusnya menghubungi mangsa pada pagi Selasa, bertanyakan mengenai akaun bank mangsa dan memintanya memindahkan wang ke dalam akaun bank yang diberikan,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata mangsa kemudian bertindak mengeluarkan wang simpanannya dalam Tabung Haji pada 9.30 pagi semalam serta memindahkannya kepada akaun yang diberi sebelum suspek berterima kasih kepada mangsa, yang menyedari diri ditipu apabila suspek tidak menghubunginya semula seperti dijanjikan.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Macau Scamwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Taktik menjanjikan pulangan lumayan akhirnya memakan diri apabila sekumpulan pelabur warga asing kerugian lebih RM31 juta selepas...

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd