• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LGE Tuduh Dulu Siasat Kemudian Atau Tuduh Sahaja, Siasatan Tiada

oleh Ahmad Albab
12/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. SEMALAM Lim Guan Eng umum, siasatan dalaman mengenai duit refund GST RM19.4 Bilion yang dakwa dirompak oleh Kerajaan BN akan siap tidak lama lagi. Tuduh dulu baru siasat? Itulah standard Lim Guan Eng. Itu pun mengelabah buat siasatan setelah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, TS Irwan Siregar membuat penjelasan balas, kemudian buat laporan Polis dan buat laporan SPRM.

2. Apakah jawapan TS Irwan. Pertama, dia menafikan wang itu dicuri. Kedua, semua wang itu dimasukkan ke dalam consolidated account atau akaun Kumpulan Wang Disatukan sebelum dimasukkan ke akaun Amanah.

3. Mengikut Akta Prosedur Kewangan 1957, setiap hasil yang dikutip dari GST, LHDN, dividen daripada PETRONAS dan BNM mesti dimasukkan terlebih dulu ke dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan.

4. Ketiga, mengikut prosedur, Mesyuarat Aliran Tunai Kerajaan akan diadakan setiap bulan. Mesyuarat ini akan menentukan jumlah yang akan dipindahkan ke akaun Amanah untuk bayaran refund kepada peniaga.

5. LGE tuduh kenapa duit refund tidak masuk ke akaun Amanah tetapi masuk ke akaun Consolidated. Berdasarkan akta di atas, jelas LGE tidak tahu, semua hasil kutipan GST kena masuk dulu ke dalam akaun Consolidated sebelum dipindah ke dalam akaun Amanah. Mungkin bila mendapati duit dalam akaun Consolidated begitu banyak, maka Kerajaan PH berbelanja semewahnya. Lepas itu baru mereka sedar bahawa duit itulah nanti yang akan dituntut oleh JKDM untuk dimasukkan ke dalam akaun Amanah sebelum dipulangkan kepada para peniaga.

6. Berdasarkan penjelasan Ketua Pengarah Kastam, kali terakhir Akaun Amanah menerima duit refund GST ialah pada 31 Mei 2018. Justeru soalan khas untuk Lim Guan Eng, berapa baki duit refund GST dalam akaun Consolidated pada 31hb Mei 2018? Kalau ada, sebenarnya Kerajaan PH yang merompaknya kerana membelanjakannya untuk perkara lain. Maklumlah 3 bulan selepas memerintah, Kerajaan PH kekeringan duit kerana GST sifar. Maka terpaksalah merompak.

7. Justeru, masalah sebenarnya ialah Lim Guan Eng. Kerap buat tuduhan melulu. khabarnya tidak dibenarkan masuk ke negeri China kerana negara itu tersinggung dengan tuduhan penyelewengan projek kerjasama pemasangan saluran paip RM9.41 Bilion di Sabah dan Melaka. Projek G to G itu dilaksanakan oleh anak syarikat kepada China National Petrolium Corporation (milik kerajaan China).

8. Itulah standar Lim Guan Eng. Buat tuduhan, tetapi tiada siasatan. Atau tuduh dulu siasat kemudian. Jahanam ekonomi negara.

Oleh: Mohd Puad Zarkashi

12.8.2018

Tags: Lim Guan EngPuad Zarkashi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd