• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Lontar Bom Ke Arah Konsulat Turki, Diberkas

oleh Ahmad Albab
13/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMSTERDAM – Seorang lelaki ditahan selepas melontar tin cat dan bom molotov ke arah Konsulat Turki di sini, malam Sabtu lalu, hingga menyebabkan kebakaran kecil di kawasan taman yang terletak di hadapan bangunan berkenaan.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu,” lapor stesen penyiaran kebangsaan Belanda, NOS.

NOS yang memetik Konsul Turki, Tolga Orkun, melaporkan suspek dipercayai lelaki warga Belanda berusia 34 tahun.

Namun, polis Belanda tidak mendedahkan identiti lelaki itu atau motif tindakannya, tetapi mengesahkan tangkapan dibuat, sebaik sahaja insiden berlaku pada malam Sabtu lalu.

Orkun berkata, suspek melontar tiga peranti buatan sendiri ke arah bangunan konsulat.

Namun, imej yang dirakam pihak keselamatan menunjukkan dua daripadanya, iaitu beberapa tin cat yang diikat menggunakan pita pelekat dan bom molotov tidak meletup.

“Satu lagi bom molotov yang dilontar ke arah bangunan menyebabkan kebakaran di bahagian taman,” katanya. – Reuters/myMetro Online

Tags: Bomkedutaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keadaan Di Jordan Tenang, Selamat Dan Stabil – Kedutaan

Keadaan Di Jordan Tenang, Selamat Dan Stabil – Kedutaan

02/07/2025
0

SHAH ALAM - Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan memaklumkan keadaan semasa di Jordan tenang, selamat dan stabil. Menurutnya, sejak...

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd