• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keadaan Di Jordan Tenang, Selamat Dan Stabil – Kedutaan

oleh Mohd Arshad
02/07/2025
dalam Terkini
0
Keadaan Di Jordan Tenang, Selamat Dan Stabil – Kedutaan
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan memaklumkan keadaan semasa di Jordan tenang, selamat dan stabil.

Menurutnya, sejak pengumuman gencatan senjata pada 24 Jun lalu, tiada lagi siren keselamatan dibunyikan pihak berkuasa Jordan atau insiden kedatangan kejatuhan objek asing di Jordan.

“Pada masa ini, operasi harian dan aktiviti masyarakat telah berjalan seperti biasa. Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman juga beroperasi seperti normal bagi urusan pelepasan dan ketibaan pelancong.

“Industri perdagangan dan pelancongan Jordan juga turut berjalan rancak seperti sebelumnya,” menurut kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook kedutaan pada Rabu.

Sebelum ini, ketegangan tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara di beberapa lokasi di seluruh Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, menyebabkan Tehran bertindak balas.

Pada 20 Jun, Amerika Syarikat melakukan serangan udara ke atas tiga tapak nuklear Iran yang mencetuskan ketakutan dan kecaman di seluruh dunia.

Tambah kenyataan itu, semua rakyat Malaysia tidak mempunyai sebarang halangan untuk berkunjung ke Jordan.

Katanya, rakyat Malaysia juga bebas untuk bergerak dan melaksanakan aktiviti harian tanpa sekatan.

-Sinar Harian

Tags: Jordankedutaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

Jordan Catat Kes Mpox Pertama Tahun Ini

03/09/2024
0

AMMAN: Kementerian Kesihatan Jordan mengumumkan pada Isnin bahawa negara itu mencatatkan kes pertama mpox pada tahun ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Israel Tuduh Hamas Rancang Serang Kedutaan Di Sweden

Israel Tuduh Hamas Rancang Serang Kedutaan Di Sweden

14/01/2024
0

BAITULMAQDIS : Israel semalam, menuduh Hamas merancang menyerang kedutaannya di Sweden selepas pihak berkuasa mengumumkan penahanan beberapa suspek bulan lalu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd