• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditawar ‘Pelaburan’ Minyak, Gas Rugi Lebih RM20K

oleh Ahmad Albab
28/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tertarik dengan tawaran pelaburan minyak dan gas menyebabkan seorang pekerja syarikat pengurusan air kerugian RM23,290 apabila pulangan yang diharapkan tidak seperti yang dijanjikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 56 tahun mendakwa diajak menyertai pelaburan itu oleh seorang lelaki yang dikenalinya pada 22 Januari lepas.

Katanya lelaki yang dikenali menerusi pelaburan e-dagang itu telah memperkenalkan mangsa dengan seorang wanita yang kononnya pengurus kepada pelaburan yang mahu disertainya.

“Setelah mendengar penerangan mengenai pelaburan itu, mangsa bersetuju memasukkan duit sebanyak RM220 ke dalam akaun yang diberi suspek sebagai bahagian pelaburannya.

“Mangsa kemudiannya menambah jumlah pelaburan dengan melakukan 14 transaksi wang yang akhirnya berjumlah RM23,290,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata mangsa bagaimanapun tidak pernah menerima pulangan pelaburan sebaliknya hanya diberi komisyen RM700, yang didepositkan ke akaun peribadinya.

Tidak berpuas hati, mangsa cuba menghubungi kedua-dua suspek, namun gagal dan menyedari diri ditipu mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub semalam.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kena tipupolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd