Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bauksit: Jangan Ganggu Siasatan...

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menggesa semua pihak agar...

Frost Tolak Khabar Angin...

KUALA LUMPUR - Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menolak khabar angin kononnya...

Banyak Masalah M’sia, Indonesia...

JAKARTA - Banyak masalah melibatkan hubungan Malaysia dan Indonesia boleh diselesaikan dengan cara...

Mendiang Stan Lee Diraikan...

LOS ANGELES - Legenda buku komik Stan Lee, yang menghidupkan fantasi adiwira dalam...

Lebih 500 Rumah Bakal Nikmati Bekalan Elektrik Hibrid Solar

SIPITANG – Lebih 500 rumah daripada tujuh kampung di sini, bakal menikmati bekalan elektrik apabila projek bekalan elektrik luar bandar hibrid solar dijangka siap pada September tahun depan.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob berkata projek pembinaan itu dimulakan tahun lepas di dua stesen, masing-masing terletak di Kampung Meligan dan Long Pasia.

“Stesen hibrid solar di Kampung Meligan mampu membekalkan elektrik untuk lima buah kampung dan di stesen Long Pasia untuk dua kampung,” katanya kepada pemberita di Kampung Meligan sempena Majlis Kesyukuran dan Dialog bersama penduduk di sini hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin itu berkata stesen hibrid solar di Kampung Meligan itu turut membekalkan elektrik ke Kampung Ulu Bole, Kampung Mangayam, Kampung Rundulang dan Kampung Iburu manakala stesen di Long Pasia ke Kampung Long Mio.

Beliau berkata pembinaan stesen hibrid solar di dua stesen itu menggantikan stesen sedia ada untuk menampung bekalan elektrik yang sering terganggu di kawasan berkenaan.

Kampung Meligan yang terletak kira-kira 90 kilometer dari Pekan Sipitang, dihuni suku kaum Murut, Lundayeh dan Kadayan.


Bagi penduduk Kampung Meligan, Danil Tuan, 40, beliau berkata bekalan elektrik di kampung berkenaan hanya bergantung kepada tenaga solar.

Justeru, beliau berharap dengan pembinaan hibrid solar itu akan memudahkan penduduk kampung menikmati kemudahan asas seperti di kawasan bandar. – BERNAMA

Kategori