• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 30 Buah Rumah Rosak Akibat Ribut Di Kuala Kurau

oleh
29/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Kira-kira 30 buah rumah di lima kampung sekitar Kuala Kurau, dekat sini, mengalami kerosakan bumbung selepas dilanda angin ribut, awal pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari berkata pihaknya menerima lebih 30 aduan akibat kejadian ribut itu yang melibatkan Kampung Nelayan Kuala Kurau, Kampung Batu 14, Simpang Tiga Kuala Kurau, Parit Tok Hin dan Jalan Pantai.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, terdapat beberapa rumah telah mengalami kerosakan serius di bahagian bumbung dengan kerugian dianggarkan antara RM5,000 hingga RM10,000.

“Manakala beberapa buah lagi rumah kerosakan yang dialami mangsa masih dalam siasatan. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya ketika melawat mangsa ribut di sekitar kawasan yang terlibat, di sini hari ini.

Abdul Yunus yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau berkata beberapa agensi seperti Pejabat Daerah dan Tanah Kerian diminta untuk mengambil tindakan segera dalam memberikan bantuan awal kepada semua mangsa ribut itu.

Sementara itu, seorang mangsa, Zurizam Mat Yatim , 41, dari Kampung Nelayan Kuala Kurau berkata pada mulanya, dia melihat kejadian ombak kuat dan angin kencang berbentuk puting beliung sebelum ia menghentam pelantar ikan nelayan sampai runtuh.

“Saya ketika itu berada di dalam rumah dan menyaksikan kejadian itu dari tingkap rumah yang terletak bersebelahan dengan pelantar ikan milik penduduk di sini.

“Bila lihat ombak dan angin kuat meruntuhkan pelantar ikan itu, saya sangkakan tsunami akan berlaku lagi dan selepas ribut mula berhenti, saya terkejut mendapati sangkar ikan milik ahli keluarga yang terletak berhampiran rumahnya turut musnah menyebabkan lebih 150 ekor ikan siakap yang diternak terlepas,” katanya.

Zurizam berkata ini merupakan kejadian kali kesembilan berlaku di kawasan itu namun bersyukur kerana kediamannya tidak mengalami sebarang kerosakan serius namun anggota keluarganya menanggung kerugian kerana ikan yang diternak itu sepatutnya dipasarkan kepada pelanggan pada hujung September ini.

Seorang lagi mangsa, Liza Nordin, 30, berkata ibunya, Che Tom Saari ,70, yang tinggal seorang diri di rumah di kampung yang sama telah berlari keluar apabila melihat ribut menerbangkan hampir keseluruhan bumbung utama rumahnya.

“Ibu ketika itu sedang tidur namun dikejutkan dengan bunyi deruan angin yang kuat sebelum bumbung rumah diterbangkan angin. Namun saya bersyukur semuanya selamat,” katanya. – BERNAMA

Tags: ribut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh

248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  IPOH, 20 Jun 2026 — Sebanyak 248 buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan akibat kejadian ribut dan hujan lebat...

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd