• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Pertama 497 Jemaah Haji Tiba Di Tanah Air

oleh
29/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kumpulan pertama seramai 497 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Ketibaan 233 jemaah lelaki dan 264 wanita pada 7 malam itu disambut Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air Mohd Hisham Harun, beberapa pegawai Tabung Haji (TH) dan anggota keluarga para jemaah.

Bercakap kepada pemberita, Mohd Hisham berkata kumpulan pertama jemaah haji itu berlepas pada 3.46 pagi waktu Arab Saudi menerusi penerbangan FLYNAS (XY7604) dari Jeddah.

Beliau berkata operasi haji tahun ini juga berjalan lancar dengan kerjasama baik daripada kerajaan Arab Saudi membolehkan jemaah haji Malaysia melaksanakan ibadah itu dengan selamat, selesa dan teratur.

Mohd Hisham berkata seramai 19 jemaah Malaysia meninggal dunia disebabkan serangan jantung, jangkitan kuman dalam paru-paru, lelah dan radang paru-paru iaitu sembilan di Makkah dan Madinah sebelum wukuf dan 10 lagi selepas selesai mengerjakan wukuf. — LAGI

Bagi jemaah yang meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan haji, TH juga telah melaksanakan badal haji terhadap mereka, katanya.

Sebanyak 81 penerbangan digunakan bagi membawa kesemua 30,200 jemaah haji Malaysia dengan penerbangan terakhir dijadualkan pada 25 Sept ini.

Sementara itu, seorang jemaah haji Abdul Hanif Abu Bakar ketika diminta berkongsi pengalaman semasa ribut pasir melanda Arafah, menyifatkan kejadian luar biasa tersebut amat menakutkan.

Abdul Hanif, 54, dari Gombak, Selangor berkata pengalaman berdepan detik cemas itu akan tersimpan sebagai kenangan yang sukar dilupakan oleh sesiapa sahaja yang berada di tempat kejadian.

“Hanya laungan azan, zikir dan doa tidak putus-putus kedengaran daripada jemaah Malaysia bagi mendoakan kami dihindarkan daripada sebarang kejadian lebih teruk. Alhamdulillah, kejadian 6.30 petang pada 20 Ogos itu berakhir satu setengah jam kemudian dengan semua jemaah selamat walaupun khemah kami bergoyang begitu kuat,” katanya. Bagi Hasmah Maidin, 67, kejadian itu tidak menghalangnya mengerjakan semua amalan dan bersyukur urusan ibadah hajinya berjalan lancar walaupun berdepan dugaan yang tidak pernah difikirkannya sebelum ini.

“Sebagai tetamu Allah saya reda dengan ujian itu dan bersyukur tidak mengalami kecederaan walaupun keadaan ribut yang melanda amat menakutkan,” katanya yang berada di dalam khemah bersama-sama 290 jemaah ketika ribut pasir melanda. – BERNAMA

Tags: jemaah haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Skuad Sepak Takraw Wanita Hidupkan Peluang

Next Post

Seni Lukisan Mampu Satukan Rakyat – Dr Siti Hasmah

Related Posts

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

300 Bakal Jemaah Haji Terkandas Boleh Berada Di Makkah Hingga 23 Mei

300 Bakal Jemaah Haji Terkandas Boleh Berada Di Makkah Hingga 23 Mei

15/05/2024
0

Kuala Lumpur : Seramai 300 bakal jemaah haji yang terkandas di Makkah berada dalam keadaan baik dan selamat. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Seni Lukisan Mampu Satukan Rakyat - Dr Siti Hasmah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd