Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Cuaca Buruk, Tidak Biasa...

KUALA LUMPUR - Punca nahas helikopter Eurocopter AS350 di Batang Lupar, berhampiran Sebuyau,...

PM Dan Isteri Ziarah...

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Istana...

QZ8501: Cairan Kuning Pekat,...

SELAIN pasukan operasi dan menyelamat (SAR) tragedi pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 berdepan...

Juri Perintah Facebook Bayar...

WASHINGTON DC - Juri Mahkamah Texas mengarahkan pentadbir Facebook sebagai pemilik aplikasi Oculus...

300 Bakal Jemaah Haji Terkandas Boleh Berada Di Makkah Hingga 23 Mei

Kuala Lumpur : Seramai 300 bakal jemaah haji yang terkandas di Makkah berada dalam keadaan baik dan selamat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq berkata, kesemua bakal jemaah itu mempunyai tempat tinggal dan berulang-alik ke Masjidil Haram untuk beribadah.

“Saya ada berhubung dengan sebahagian mereka dan bertanyakan juga keadaan mereka. Mereka okay saja dan selamat. Mereka ada tempat tinggal, barang asasi untuk dimakan, sihat dan tiada sakit tenat.

“Ramai juga berulang-alik ke Masjidil Haram dengan menjadikan rutin harian untuk beribadah serta menunaikan ibadah umrah dengan tenang.

“Perbuatan mereka semua langsung tidak bersalahan dengan mana-mana undang-undang sedia ada di Arab Saudi terutama dalam kota Makkah. Ini kerana Visa Pelancong masih dibenarkan dengan rasmi untuk mereka berada di sini dan melaksanakan umrah sehingga 23 Mei ini iaitu 15 Zulkaedah 1445H.

“Sebuah aplikasi rasmi permit umrah iaitu Nusuk yang juga aplikasi rasmi Arab Saudi masih lagi membuka peluang untuk mendapat permit menunaikan umrah sehingga tarikh berkenaan. Ketika ini, semasa keberadaan mereka di Makkah adalah sah di sini undang-undang.

“Tiada kesalahan mereka lakukan dalam perkara ini walaupun melaksanakan umrah ketika ini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya yang kini berada di Makkah, dakwaan sebahagian pihak kononnya jemaah itu terkandas teruk adalah amat tersasar jauh dan tidak benar sama sekali.

“Namun masa akan datang kita belum tahu dan mereka masih mencuba untuk melaksanakan ibadah haji sekiranya dibenarkan.

“Jika dibenarkan dengan beberapa cara tersendiri untuk mereka mendapat permit sah untuk buat haji tahun ini maka Alhamdulillah boleh buat haji dan jika tidak mendapat kebenaran mereka patut patuh dengan undang-undang.

“Pada masa sama, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi yang menjaga keamanan negara baru mengeluarkan kenyataan bahawa antara tarikh 2 hingga 20 Jun tidak dibenarkan sesiapa yang tiada permit haji untuk berada di beberapa kawasan di Makkah dan jika ditangkap mereka akan berhadapan dengan beberapa hukuman yang berat.


“Cuma, keberadaan mereka di sini buat masa ini adalah sah dan tidak salah sekalipun untuk melaksanakan umrah,” katanya.

Menurutnya, pihak Lembaga Tabung Haji (TH) dan kedutaan kemungkinan belum menerima sebarang aduan setakat ini daripada mereka.

“Mungkin tiada apa yang perlu diadukan kerana mereka yang memilih, jadi mereka perlu bertanggungjawab jika apa-apa berlaku kecuali jika membabitkan jenayah atau perkara besar.

“Kerajaan Malaysia juga perlu meningkatkan kuota haji muassasah atau TH bagi memberi peluang lebih ramai menunaikan haji. Konsep Istito’ah (kemampuan) perlu didorong juga oleh pihak pemerintah dan bukan hanya melihat konsep itu hanya pada individu.

“Ini kerana Baginda Nabi mendorong sahabat menunaikan haji seramai mana yang boleh dan tidak hanya membantutkan pada kemampuan persendirian masing-masing saja,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, jemaah haji Malaysia yang terkandas di Makkah perlu membuat laporan rasmi kepada TH dan Kedutaan Malaysia di Jeddah dengan segera bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, TH akan bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Arab Saudi bagi membuat siasatan berdasarkan maklumat terperinci daripada jemaah haji yang terkandas akibat terpedaya dengan tawaran pakej terbabit.

Sebelumnya media melaporkan, 300 bakal haji yang kini berada di Makkah berdepan situasi kebingungan selepas agensi pengurusan menggunakan visa pelancong.

Perkara itu dikongsi menerusi hantaran di Facebook oleh seorang individu menerusi Forum Umrah DIY selepas dihubungi rakannya yang meminta bantuan bagi menyelesaikan masalah dihadapi mereka.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori