• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Sepak Takraw Wanita Hidupkan Peluang

oleh
30/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PALEMBANG – Skuad sepak takraw wanita negara menghidupkan peluang untuk mara ke separuh akhir acara quadrant pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Jepun hari ini.

Pada perlawanan peringkat kumpulan yang berlangsung di Dewan Ranau, Bandar Sukan Jakabaring, anak buah Mohd Fikri Mohd Nor itu bangkit daripada ketinggalan 7-14 pada set pertama untuk menang 21-18.

Pada set kedua, skuad negara yang dibarisi Emilia Eva Natasha Saudia, Nurul Izzatul Hikmah Md Zulkifli, Rahilah Harun dan Nor Farhana Ismail mempamerkan aksi penuh yakin dan bertenaga menewaskan barisan pemain Jepun 21-17.

Mohd Fikri berkata pujian harus diberikan kepada barisan pemain Malaysia yang tidak berputus asa mengejar mata dan menumpaskan Jepun pada set pertama.

“Walaupun pada set pertama Jepun jauh mendahului kita, semangat juang tinggi yang ditampilkan pemain berjaya memenangi perlawanan tersebut.

“Perlawanan menentang Vietnam esok merupakan perlawanan hidup mati. Kita akan berikan yang terbaik untuk mara ke separuh akhir dan sekurang-kurangnya meraih pingat gangsa,” katanya kepada Bernama selepas perlawanan.

Kemenangan ke atas Jepun itu menyaksikan Malaysia mencatat dua kemenangan dan satu kekalahan, selepas mengatasi India 2-0 pada perlawanan di sebelah pagi, manakala tunduk kepada Thailand 0-2 pada aksi berlangsung semalam.

Aksi bertemu Vietnam merupakan perlawanan wajib menang bagi skuad negara untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama-sama Thailand, Vietnam, Jepun dan India, manakala tuan rumah Indonesia dalam Kumpulan A yang turut terdiri Korea Selatan, Myanmar dan Laos. – BERNAMA

Tags: Sepak Takraw
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Libasan STL Kembali Lagi

07/01/2022
0

PETALING JAYA : Kehadiran pemain import, kejohanan yang bakal ‘dibawa’ ke lima buah negara dan hadiah kemena­ngan yang ditingkatkan menjadikan...

Tonggak Sukma Ganti Import Johor Tigris

02/01/2022
0

PETALING JAYA : Johor Tigris tidak panik dengan penarikan diri pemain import dari Thailand, Swatbanchan Seekhwa seminggu menjelang Emas Anuar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd