• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumon: Tahun Awal Penting Untuk Pembangunan Kanak-Kanak

oleh
07/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumon Malaysia menyambut ulang tahun ke-60 dengan Sidang Kemuncak Pengajar Kebangsaan 2018 dan sesi perbincangan meja bulat pakar bertemakan “Potensi Tanpa Had dalam Kanak-kanak: Kebenaran lawan Mitos” baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Kumon Malaysia berkata perbincangan meja bulat itu menyaksikan ketua-ketua industri seperti Presiden Pengasas Majlis Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Datuk Dr Chiam Heng Keng, pakar psikologi kanak-kanak Hospital Pantai Kuala Lumpur Katyana Azman dan Pengurus Besar Kumon Malaysia Yosuke Sugawa berkongsi pandangan mereka mengenai topik tersebut.

“Lebih 60 tahun, kami telah menyokong ibu bapa, penjaga, pengajar dan pelajar tentang pentingnya mencungkil potensi setiap individu di lebih 50 negara dan wilayah di seluruh dunia.

“Di Malaysia, kami ditubuhkan pada 1997 dan kini merupakan program peningkatan pembelajaran selepas sekolah yang terbesar. Kami terus berusaha untuk membimbing pelajar kami untuk belajar bagaimana berfikir, mengenal pasti dan mencapai potensi tertinggi mereka,” kata Sugawa.

Semasa sesi meja bulat pakar, Dr Chiam berkata tahun-tahun perkembangan kanak-kanak bermula dari masa mereka dilahirkan.

“Pada 24 bulan pertama adalah tempoh yang paling sensitif untuk perkembangan optimum kecerdasan emosi yang penting untuk pembangunan holistik kanak-kanak semasa tahun-tahun pertumbuhan mereka.

“Ini adalah antara faktor penting yang perlu dipertimbangkan untuk memastikan kanak-kanak dapat memaksimumkan kebolehan pembelajarannya sepenuhnya,” katanya.

Kumon Malaysia adalah program pendidikan matematik dan Bahasa Inggeris selepas sekolah yang membantu kanak-kanak mencapai potensi sepenuhnya secara bebas menerusi Kaedah Kumon. Sejak penubuhannya di Malaysia pada 1997, Kumon Malaysia mempunyai lebih 200 pusat di seluruh negara. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – "Wahai pengundi-pengundi Johor.. akan datang kepada kamu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN). Janganlah kamu merasa gerun...

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd