• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korban Banjir Kerala Meningkat 67 Orang

oleh Ahmad Albab
16/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOCHI (INDIA) – Jumlah kematian akibat banjir di lokasi tumpuan pelancong di Kerala, selatan India meningkat kepada 67 selepas 25 kematian lagi dilaporkan semalam, manakala lebih 50,000 penduduk terpaksa berlindung di kem penempatan sementara.

Kerala yang terkenal dengan pantai dan ladang teh dilanda monsun setiap tahun namun ia lebih buruk pada tahun ini apabila ratusan perkampungan dinaiki air, menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menghentikan sementara semua penerbangan di negeri itu.

“Sebanyak 25 kematian disahkan petang tadi. Situasi amat buruk di kebanyakan tempat di negeri ini dan jumlah kematian dijangka terus meningkat,” kata seorang pegawai kanan dari Lembaga Pengurusan Bencana Negeri Kerala.

Laporan tidak rasmi media tempatan pula menyebut jumlah kematian yang lebih tinggi dan usaha berterusan untuk membantu kawasan dilanda banjir.

Menurut pegawai itu lagi, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran merah di kesemua 14 daerah dengan hujan lebat diramalkan berterusan selama 24 jam lagi di kebanyakan tempat.

Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan dalam satu kenyataan di Twitter berkata, Lapangan Terbang Kochi iaitu pintu masuk utama ke negeri itu akan ditutup sehingga Sabtu berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda.

Vijayan turut mengadakan mesyuarat tergempar bersama pasukan penyelamat di negeri itu lewat malam tadi dan berbincang bersama Perdana Menteri Narendra Modi berhubung keadaan semasa di Kerala. – AFP/BH ONLINE

Tags: BanjirKerala
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd