• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontrak Sosial Penyumbang Kemakmuran, Muafakat Bangsa

oleh
14/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Kontrak sosial yang diwujudkan sejak sekian lama oleh pemimpin terdahulu menjadi penyumbang kepada kemakmuran dan permuafakatan hidup bangsa di negara ini.

Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata ia satu perjanjian yang ikhlas dan jujur demi kebaikan bersama untuk menerajui sebuah negara yang bebas dan makmur.

“Sikap saling mempercayai, kesedaran mengenai perkongsian hidup, redha dengan takdir serta berkongsi masa depan telah mendorong kepada wujudnya kerjasama antara kaum.

“Inilah yang mendorong semua kaum duduk semeja, berunding dalam apa jua masalah dan menerima sesuatu tanpa banyak soal selepas ia diputuskan secara bersama.

“Maka, perjanjian (kontrak sosial) inilah yang kita pegang sehingga hari ini seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, dalam dasar-dasar kebangsaan dan diterjemahkan dalam pelbagai undang-undang untuk memandu pengisian kemerdekaan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Johor serta pelepasan Konvoi Kembara Merdeka, di sini hari ini.

Osman berkata walaupun rakyat ada menempuh beberapa peristiwa yang sedikit menjejaskan persefahaman, namun, perpaduan dapat diperkukuh kembali dengan sikap tolak ansur yang tinggi dan muafakat.

“Terbukti bahawa kontrak sosial ini telah menyumbang ke arah kerukunan hidup bangsa di negara ini, apabila semua pihak sentiasa saling memahami, sekali gus mengutamakan persamaan di antara kita serta menghindarkan apa juga perbezaan,” katanya

Sementara itu, seramai 133 peserta meneruskan misi penjelajahan menerusi konvoi kembara berkenaan yang turut menarik penyertaan 30 motosikal berkuasa tinggi persendirian dan 30 kenderaan pacuan empat roda agensi kerajaan termasuk Jabatan Penerangan.

Selepas Johor, kembara yang dilancar pada 5 Ogos lepas dengan jarak 6,100 kilometer seluruh negara itu akan diteruskan ke Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Labuan, Sabah dan Sarawak sebelum berakhir di Putrajaya. – BERNAMA

Tags: Osman Sapian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Osman Akan Dikebumikan Selepas Zohor

22/12/2021
0

JOHOR BAHRU: Jenazah bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas, di...

Osman Sapian Masih Ahli Bersatu – Hamzah

04/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian masih kekal sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd