• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kompleks Mahkamah Jalan Duta Dikawal Ketat

oleh
08/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini dikawal ketat anggota keselamatan ekoran sekali lagi menjadi tumpuan puluhan pengamal media tempatan dan antarabangsa bagi mengikuti perkembangan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tinjauan Bernama mendapati pemberita dan jurugambar serta jurukamera dari pelbagai agensi media sudah mula berkumpul di luar kompleks mahkamah seawal pukul 6.00 pagi.

Selain dikawal ketat pihak keselamatan, pengamal media dikehendaki beratur di luar pintu masuk kompleks berkenaan bagi mendapatkan pas masuk di kaunter yang dibuka bermula pukul 7.30 pagi.

Bagaimanapun, hanya 50 pengamal media dibenarkan membuat liputan kes berkenaan di tingkat atas perkarangan kamar Mahkamah Sesyen 9, sementara 21 pengamal media lagi diberi pas untuk mengikuti prosiding di bilik khas menerusi pautan video.

Susulan itu, berlaku sedikit kekecohan kecil di kaunter berkenaan ekoran rasa tidak puas pengamal media yang tidak berkesempatan mendapatkan pas masuk kerana tidak dimaklumkan tentang liputan yang dihadkan.

Bagaimanapun keadaan kembali tenang dan lancar selepas pengamal media membuat rundingan dengan pihak keselamatan.

Pemerhatian Bernama juga mendapati kira-kira 20 penyokong Najib yang diketuai oleh bekas calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Kandis Datuk Lokman Noor Adam pula berada di luar pagar kompleks mahkamah kerana tidak dibenarkan masuk oleh pihak keselamatan.

Najib hari ini menghadapi tiga lagi pertuduhan membabitkan dana SRC mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Pada 4 Julai lepas, Najib, 65, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap pertuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta​​​​​​. – BERNAMA​​​​​​

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd