HAMPA…. Musim haji 1439 Hijrah sudah pun sampai ke penghujungnya dan bagi lebih tiga juta umat Islam yang menjadi tetamu Allah SWT, tentu lega dapat tunai ibadah Rukun Islam kelima itu.
Tetapi lain pula kisahnya dengan sejumlah 1,200 bakal jemaah tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terbukti menjadi mangsa politik balas dendam oleh pihak kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).
Pada bulan lalu, jentera maya PH dengan bangga ‘canang cerita’ kebaikan pentadbiran baharu apabila Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali beri jaminan konon akan bantu kumpulan itu menunaikan haji.
Itupun setelah diasak bertalu-talu oleh bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Baling ketika perbahasan di Dewan Rakyat apabila cabar PH untuk bantu jemaah terbabit.
Sebenarnya isu asal itu bermula apabila Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa dengan angkuh memaklumkan Parlimen bahawa kesemua jemaah terlibat langsung tidak boleh menunaikan haji.
Beliau beri alasan bodoh kononnya Kabinet PH telah memutuskan peserta haji tajaan Yayasan 1MDB sebagai ‘curi duit rakyat’ dan sengaja rampas hak kuota giliran haji bakal jemaah yang sepatutnya pergi pada tahun berkenaan.
Mujahid malah mendakwa, pihak kerajaan PH tidak boleh bantu kumpulan tersebut memandangkan akaun 1MDB dibeku Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) konon ada kaitan skandal syarikat pelaburan terbabit.
Terkesan dengan langkah sekatan berbaur politik itu, Abdul Azeez tampil di Dewan Rakyat merayu ihsan kerajaan PH untuk benar 1,200 jemaah tersebut dapat pergi ke Tanah Suci waima dengan tanggung perbelanjaan sendiri.
Maka Mohamed Azmin cuba ‘main’ persepsi baik sementelahan kebetulan ada Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, beri jaminan konon akan bawa isu itu kepada Kabinet untuk kelonggaran.
Malangnya sehingga kini, Kabinet langsung enggan bantu jemaah berkenaan dan ia cetus persoalan cepumas sama ada beliau tidak bawa isu itu kepada mesyuarat Kabinet atau Kabinet memang tolak rayuan mereka tanpa ada sebab.
Sekiranya ini berlaku, terbuktilah pentadbiran PH memang bertindak zalim tergamak tipu kumpulan jemaah itu yang sanggup guna duit mereka sendiri mengerjakan haji dengan tidak harap walau sesen pun dana kerajaan PH.
Lebih pelik, jika benar 1,200 jemaah tajaan Yayasan 1MDB itu konon ‘ambil’ kuota giliran sedia ada, sepatutnya cuma ada 29,000 jemaah haji Malaysia di Tanah Suci dan bukan 30,200 orang jemaah dilapor Mujahid selama ini.
Namun bayangkanlah apabila jemaah terbabit yang merupakan ketua kampung, imam dan bilal miskin dapat pergi ke sana, ini bermakna secara keseluruhan ada 31,400 jemaah dari negara ini menjadi duyufur Rahman di Baitullah.
Ironi, ini tidak berlaku dan dakwaan jahat kerajaan PH konon peserta haji tajaan Yayasan 1MDB ‘curi’ kuota giliran adalah fitnah jahat bagi hasut rakyat benci kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu yang bantu warga marhaen!
Paling sedih, bimbang terbongkar rahsia kerajaan Arab Saudi turun kuota jemaah Malaysia kepada 30,200 orang sahaja, Mujahid ketika di Dewan Rakyat pada bulan lalu mendakwa konon kumpulan tajaan itu guna kuota khas.
Ini termasuk peruntukan tempat ditawarkan kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dirujuk Mujahid sebagai kuota rombongan jemaah haji untuk kegunaan peribadi Ahli Parlimen Pekan sendiri.
Begitulah hebatnya putar belit kerajaan PH tanpa mereka sedar, Abdul Azeez dipetik agensi berita rasmi Bernama pada tahun lalu mengumumkan berita gembira ada lebih 42,200 jemaah haji Malaysia di Tanah Suci ketika itu.
Ia merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah setelah beberapa tahun Malaysia menikmati kuota tambahan lebih 40,000 jemaah yang mudah diperoleh TH hasil hubungan baik Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dengan Najib.
Hari ini, Malaysia cuma dapat kuota normal sebagai mana negara-negara lain dan itupun agak bernasib baik di sebalik tindakan biadab kerajaan PH secara terbuka ‘hina’ Arab Saudi melibatkan pelbagai isu semasa yang sensitif.
Bagaimanapun, jika jalinan diplomatik itu menjadi semakin renggang, dibimbangi Riyadh akan bertindak balas terhadap Putrajaya termasuk menarik keluar segala pelaburan bernilai puluhan bilion ringgit dari negara ini!
Dan paling ditakuti, apakah kerajaan PH tidak gentar dengan doa orang miskin dizalimi pemerintah kejam selain mereka ditipu hidup-hidup konon bakal dibantu padahal apa yang berlaku sebaliknya. – Agensi/Mynewshuub.TV