• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes HFMD Di Melaka Meningkat 102 Peratus

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kes wabak tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Melaka meningkat sebanyak 102 peratus atau 897 kes kepada 1,773 kes dalam tempoh Januari hingga 4 Ogos lepas berbanding tempoh sama tahun lepas.

Exco Kesihatan negeri Low Chee Leong berkata daripada jumlah itu sebanyak 790 kes dilaporkan di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (677 kes) dan Jasin (306 kes).

“Sebanyak 251 kes yang direkodkan berlaku dalam tempoh 27 Julai hingga 4 Ogos lepas iaitu 125 kes di Alor Gajah, Melaka Tengah (88 kes) dan Jasin (38 kes).

“Kes berkenaan bukan sahaja menunjukkan peningkatan jumlah keseluruhan tetapi jumlah kes yang berlaku di setiap daerah juga meningkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini jumlah tabika, taska atau tadika yang ditutup ialah sebanyak 11 buah berbanding hanya enam taska atau tadika ditutup pada tahun lepas.

Daripada jumlah itu, hanya satu tabika yang masih ditutup di Melaka Tengah manakala 10 premis yang lain telah dibuka setelah diarahkan tutup selama 10 hari.

Low berkata arahan penutupan adalah untuk tujuan pembersihan (disinfeksi) dan memutuskan rantaian jangkitan di premis berkenaan. – BERNAMA

Tags: HFMDMelaka
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

27/09/2026
0

MELAKA: Sebuah syarikat tempatan, Tuah Tower Sdn Bhd, mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Melaka pembinaan sebuah resort mewah berkonsepkan vila atas...

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd