Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

SPRM Saran Syarikat, Entiti...

PUTRAJAYA - Syarikat atau entiti perniagaan disaran memperkasakan nilai integriti di organisasi masing-masing...

‘Datuk’ Dalang Seludup Diesel...

Johor Bahru : Baru seminggu beroperasi, sindiket penyeludupan minyak diesel yang didalangi lelaki...

Bakal Bergelar Bapa, Amar...

BAKAL menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi, Amar Baharin terpaksa letak syarat...

Perlu Petunjuk Baharu Ukur...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perlu ada petunjuk...

Kertas Cadangan Sistem Saraan Baharu Diserah Hujung Tahun Ini

MIRI – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan menyerahkan kertas cadangan Sistem Saraan Baharu untuk penjawat awam bagi pertimbangan kerajaan hujung tahun ini.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata, cadangan Sistem Saraan Baharu itu akan merangkumi laluan pembangunan kerjaya yang jelas untuk penjawat awam termasuk kadar gaji berdasarkan kelayakan akademik serta menambah baik aspek kebajikan pesara.

“SSM (Sistem Saraan Malaysia) telah diperkenalkan 16 tahun (lepas) ketika Tun Dr Mahathir (Mohamad) masih menjadi Perdana Menteri keempat, Sistem Saraan Baharu perlu diperkenalkan supaya ada laluan kerjaya yang jelas pada penjawat awam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat persaraan anjuran bersama Cuepacs dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) di sini hari ini.

Azih berkata, SSM yang diperkenalkan pada 2002 itu perlu penambahbaikan selari dengan perkembangan semasa seperti kelayakan akademik terkini untuk penjawat awam kategori pelaksana yang memerlukan kelayakan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) berbanding sebelum ini yang hanya memerlukan penjawat awam tamat Tahun Enam.

Beliau berkata, selain kelayakan akademik Sistem Saraan Baharu ini akan mengambil kira laluan kerjaya bidang tugasan penjawat awam seperti bidang teknikal dan penguatkuasaan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Cuepacs mahu Kerajaan Persekutuan yang baharu menilai semula cadangan penutupan sembilan Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara kerana fungsi institusi tersebut masih relevan dengan masyarakat setempat.

Beliau berkata, ketika cadangan tersebut dikemukakan oleh kerajaan terdahulu alasan yang dikemukakan adalah kerana lambakan siswazah pendidikan dan mahu melahirkan ramai tenaga kerja dalam bidang teknikal dengan menukar IPG ke Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).


“Negara-negara jiran terdekat seperti Indonesia, Singapura dan Thailand tidak menutup IPG mereka yang setaraf dengan universiti, ini tak sepatutnya berlaku di Malaysia,” katanya.

Menurutnya lagi, Cuepacs akan membawa isu tersebut kepada Perdana Menteri untuk mencari jalan penyelesaian yang segera supaya tidak merugikan pendidikan negara.

Beliau berkata, IPG masih mempunyai peranan penting dalam sistem pendidikan negara terutama sekali untuk memberi latihan khusus kepada warga pendidik untuk sekolah rendah dan menengah negara ini. – BERNAMA

Kategori