• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama PAS-UMNO Sebahagian Konsep Gagasan Sejahtera

oleh
25/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jalinan kerjasama antara PAS dengan UMNO dilihat sebagai sebahagian daripada konsep Gagasan Sejahtera, kata Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.

Beliau berkata konsep yang diamalkan PAS adalah dengan menjalinkan kerjasama dengan pihak yang menyokong gagasan Islam atau untuk perkara baik dan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.

“Prinsip asal PAS senang sahaja iaitu kita boleh tolong mana-mana pihak untuk kebaikan rakyat. Pendapat yang tegas juga akan dilontarkan sekiranya perkara itu buruk, kita tidak akan sokong atau bersetuju.

“Konsep ini juga boleh dilihat dalam persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana kita bukan cakap pasal penyelewengan dan asyik salahkan orang sahaja tetapi kita bagi cadangan dan penyelesaian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen PAS Kedah di sini, hari ini.

Ahmad Shamsuri, yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat berkata demikian ketika diminta mengulas adakah kerjasama yang dijalinkan PAS dengan UMNO adalah sebahagian daripada konsep Gagasan Sejahtera.

Sementara itu, beliau berkata konsep Gagasan Sejahtera itu dilihat telah mencapai sasaran apabila ahli PAS dapat menerimanya selain mengamalkan politik yang matang.

“Kita tidak letak tempoh pada konsep ini untuk tentukan sama ada ia berjaya atau tidak tapi sasaran itu sudah tercapai. Memang ada cabaran untuk kenalkan budaya baru tetapi kita sudah berpolitik sekian lama jadi kita ingin pastikan politik ini dapat selesaikan masalah bukan salahkan satu sama lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shamsuri berkata beliau yakin pengundi PAS akan memberi sokongan kepada calon PAS Dr Halimah Ali yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia pada 8 Sept ini.

“Apa yang disebut calon Pakatan Harapan bahawa dia akan mendapat sokongan penyokong “senyap” PAS itu sebahagian daripada kempen kononnya hendak tunjuk dia dapat sokongan tetapi kita yakin pengundi PAS akan beri sokongan kepada Dr Halimah yang dilihat sebagai individu yang mampu menjalankan tugas dengan baik.

“Betul, sebelum ini PAS Selangor ada kemelut tetapi ia lebih kepada sakit demam pilihan raya umum (PRU) jadi saya yakin PRK kali ini lebih ‘solid’ dan kita yakin boleh menang untuk PRK Seri Setia,” katanya.

Pada 22 Ogos lepas, calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar berkata beliau yakin mendapat sokongan daripada sesetengah penyokong “senyap” PAS di kawasan itu bagi pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia ini. – BERNAMA

Tags: PASUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aliran Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

Next Post

Sedih Kes Kecuaian Penjagaan Kanak-Kanak Berulang

Related Posts

UMNO Teliti Implikasi Akta Anti-Lompat Parti Libatkan Senator

UMNO Teliti Implikasi Akta Anti-Lompat Parti Libatkan Senator

01/06/2025
0

SHAH ALAM - Biro Undang-Undang UMNO diminta untuk meneliti implikasi Akta Anti-Lompat Parti, termasuk kedudukan seorang senator susulan kontroversi melibatkan...

UMNO Sudah Terima Surat Peletakan Jawatan Tengku Zafrul

UMNO Sudah Terima Surat Peletakan Jawatan Tengku Zafrul

31/05/2025
0

SERIAN: UMNO sudah menerima surat peletakan jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi parti itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz....

Next Post

Sedih Kes Kecuaian Penjagaan Kanak-Kanak Berulang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd