Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

KPDNHEP Lupus Barang Rampasan

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor melaksanakan pelupusan melibatkan pelbagai barang rampasan termasuk barangan tiruan bernilai lebih RM1.64 juta (RM1,643,430.50) di stor penyimpanan ekshibit Selangor, Pusat Perindustrian Bukit Raja Seksyen 7 pada Isnin.

Belanjawan 2020 Yang Sangat...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dijadual membentangkan Belanjawan 2020 yang...

Angka Kematian Akibat Ebola...

GENEVA - Kira-kira 6,400 orang mati akibat Ebola berikutan pertambahan kes di Sierra...

31,110 Pesalah Trafik Tegar...

JOHOR BAHRU - Kesemua 31,110 pesalah trafik termasuk warga Singapura yang mempunyai waran...

Aliran Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan mula perlahan setakat 6.30 petang ini, berikutan orang ramai mula pulang ke ibu negara selepas cuti sekolah dan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik di utara dilaporkan perlahan dari Permatang Pauh menuju ke Perai dan Juru ke Bukit Tambun.

“Aliran trafik juga perlahan di kedua-dua arah Bandar Baharu ke Alor Pongsu berikutan terdapat kemalangan melibatkan dua lori di Km177 arah utara. Kerja mengalihkan kenderaan sedang dilakukan di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata aliran trafik turut bergerak perlahan dari Sungai Perak menuju ke Terowong Menora dan Changkat Jering ke Kuala Kangsar susulan terdapat lori rosak di Km230.9 arah selatan yang menyebabkan lorong kiri terhalang.

“Kenderaan turut bergerak perlahan dari Tapah ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah dan Sungkai ke Slim River.

“Di selatan, aliran trafik perlahan dari Pedas-Linggi menuju ke Senawang, Machap ke Simpang Renggam dan sebelum Sedenak ke Kulai,” katanya.


Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik perlahan dari Bentong ke Bukit Tinggi dan sebelum Plaza Tol Gombak menuju ke arah ibu negara.

“Aliran trafik di laluan lain termasuk di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah masih lancar setakat ini,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik, atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Kategori