• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perlukan Masa Putuskan Ratifikasi CPTPP

oleh
07/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih memerlukan masa bagi membuat keputusan sama ada untuk meneruskan proses ratifikasi domestik terhadap Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dr Ong Kian Ming berkata kerajaan memerlukan sedikit masa bagi memastikan sama ada perjanjian itu memberi manfaat terhadap pertumbuhan ekonomi dan perdagangan, agar rakyat dan negara tidak terjejas dengan pelaksanaannya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada ahli Parlimen Jeli (BN) Datuk Seri Mustapa Mohamed tentang keputusan kerajaan berkenaan CPTPP.

“Masih terdapat ruang untuk perbahasan sebelum ratifikasi domestik dipersetujui, dan untuk itu kerajaan memerlukan maklumat terkini bagi membuat keputusan menyeluruh dan tepat

”Buat masa ini terdapat tiga negara iaitu Jepun, Singapura dan Mexico yang sudah melengkapkan proses ratifikasi masing masing,” katanya.

Menurut Ong, penguatkuasaan akan terlaksana pada awal 2019 sekiranya enam negara daripada 11 ahli perjanjian CPTPP menyelesaikan ratifikasi domestik masing masing.

Beliau juga berkata pelan hala tuju CPTPP akan dibuat setelah keputusan mengenai ratifikasi domestik diputuskan.

Selain itu, katanya, kerajaan juga akan mempertimbangkan hubungan baik dengan Jepun memandangkan CPTPP diketuai negara tersebut di samping mengambil kira minat beberapa negara lain untuk menyertai perjanjian berkenaan, antaranya Thailand dan Indonesia. – BERNAMA

Tags: Ong Kian Ming
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Proses Pemutihan Keputusan Rasmi Kabinet?

21/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya kecewa dan kesal dengan kenyataan Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd