• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan N.Sembilan Kaji KaedahTerbaik Atasi Projek Terbengkalai

oleh Cj Mnh
17/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Kerajaan Negeri Sembilan akan mencari kaedah terbaik dalam menyelesaikan masalah projek terbengkalai di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri Teo Kok Seong.

Beliau berkata perundingan akan diadakan di antara pihak kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemilik atau pemaju projek untuk mencari jalan penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

“Saya difahamkan ada juga bangunan terbiar ini menjadi sarang penagih dadah dan penjenayah. Di antara projek terbengkalai itu termasuk rumah kedai, hotel, kondominium, pangsapuri, perumahan dan sebagainya. Kita mengenal pasti projek terbengkalai ini banyak terdapat di Seremban dan Port Dickson.

“Kerajaan negeri maklum dengan masalah bangunan terbengkalai dan terbiar ini tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana projek berkenaan milik swasta dan tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di pantai Teluk Kemang di sini, hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) Mohd Norlisam Mohd Nordin.

“Kerajaan negeri dan PBT memantau perkara ini dan mana-mana projek terbengkalai di negeri ini sudah pun dimaklumkan kepada kementerian berkaitan sejak dahulu lagi untuk mendapatkan tindakan selanjutnya.

“Kita dimaklumkan ada pemaju yang sudah muflis serta mengalami masalah kewangan menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan pembinaan semula projek berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Teo berkata SWM Environment kini mengoptimumkan kerja pembersihan pantai bermula pukul 6 pagi, berbanding sebelum ini pada 8 pagi terutama pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad, cuti sekolah dan cuti umum bagi memastikan tahap kebersihan pantai Port Dickson.

Beliau meminta kerjasama pengunjung di pantai Port Dickson supaya menjaga kebersihan pantai terutama di tapak perkelahan dengan memastikan sampah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. – BERNAMA

Tags: kerajaan negeriprojek terbengkalai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

100 Hari: Kos Sara Hidup Rakyat Tetap Sama

Next Post

Lebih 30,000 Permohonan Mendesak Rumah PPR Di Sabah

Related Posts

Sultan Selangor Titah Kerajaan Negeri Taja 36 Jemaah Haji

Sultan Selangor Titah Kerajaan Negeri Taja 36 Jemaah Haji

28/04/2024
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan kerajaan Selangor menaja seramai 36 peserta haji tidak berkemampuan di...

Kerajaan Negeri Sumbang 8,000 Kit Ujian Saringan Kanser Serviks

Kerajaan Negeri Sumbang 8,000 Kit Ujian Saringan Kanser Serviks

22/01/2024
0

ISKANDAR PUTERI : Kerajaan negeri menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyumbangkan 8,000 kit ujian pengesanan awal kanser...

Next Post

Lebih 30,000 Permohonan Mendesak Rumah PPR Di Sabah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd