Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

RUU 355: ‘Sila Hormat,...

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu semua pihak...

Teliti Hasrat AirAsia Pindah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan AirAsia untuk memindahkan semula operasinya...

Setelah 3 Bulan, Siti...

KECOH jadinya apabila Siti Elizad yang sedang diberikan perhatian oleh peminat seni tempatan kerana lakonannya...

MERCY Malaysia Hantar Pasukan...

KUALA LUMPUR - Mercy Malaysia hari ini menghantar pasukan penilaian cepat ke Laos...

Sultan Selangor Titah Kerajaan Negeri Taja 36 Jemaah Haji

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan kerajaan Selangor menaja seramai 36 peserta haji tidak berkemampuan di negeri ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Selangor Royal Office dalam kenyataannya memaklumkan, baginda bertitah, tajaan itu meliputi jemaah haji dari sembilan daerah di negeri ini.

“(Jemaah haji) yang dipilih dalam kalangan rakyat yang tidak mampu, tetapi benar-benar berhasrat untuk menunaikan ibadah tersebut,” titah baginda menerusi Facebook rasmi pada Ahad.

Baginda turut telah disembah maklum bahawa bilangan pendeposit di Lembaga Tabung Haji (TH) bagi negeri Selangor kira-kira 1.81 juta orang dengan jumlah simpanan RM18.797 bilion.

Seramai 8, 061 jumlah jemaah haji dari Selangor pada tahun ini.

Kenyataan itu memaklumkan, Sultan Selangor turut menasihatkan bakal jemaah haji mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan rukun Islam kelima itu.

“Baginda bertitah, ibadah haji merupakan satu perjalanan yang memerlukan kekuatan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan yang jelas.


“Baginda turut mengingatkan jemaah agar terus mengekalkan disiplin diri semasa berada di Tanah Suci, serta menjaga nama baik Selangor dan Malaysia,” tambah kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, baginda dimaklumkan bahawa setakat ini, jemaah haji Malaysia termasuk dari Selangor antara jemaah berdisiplin serta patuh kepada peraturan-peraturan yang telah ditentukan oleh kerajaan Arab Saudi.

“Justeru baginda mahu semua jemaah menumpukan perhatian kepada ibadah di Tanah Suci dan elakkan daripada terlibat dalam sebarang bantahan atau demonstrasi,” ujar kenyataan itu.

Terdahulu, Sultan Selangor berkenan menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Perdana Haji Musim 1445 Hijrah Peringkat Negeri Selangor anjuran TH di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori