• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kaji Beri Peluang Syarikat Selain Puspakom

oleh Cj Mnh
01/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji keperluan beri ruang kepada penyedia perkhidmatan pemeriksaan kenderaan selain Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) bagi tingkat kualiti perkhidmatan berkenaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaafar berkata sebarang keputusan mengenai perkara itu akan dimuktamadkan selepas menerima laporan kajian yang dijangka selesai sebelum hujung tahun ini.

“Bagaimanapun, jika perkara ini dilaksanakan, syarikat penyedia perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang baharu perlu mematuhi peraturan dan standard tinggi seperti yang dikenakan ke atas Puspakom selain mengambil kira faktor pasaran kecil dengan kadar fi yang dikawal kerajaan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Kamaruddin menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang ingin tahu sama ada kementerian bersedia mengeluarkan lebih banyak lesen kepada syarikat lain untuk bersaing dengan Puspakom.

Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata pasaran pelanggan atau kenderaan yang diwajibkan melalui pemeriksaan berkala amat rendah iaitu dianggarkan hanya lapan peratus daripada jumlah kenderaan empat roda dan ke atas di negara ini.

“Selain pasaran kecil, penyediaan pemeriksaan oleh Puspakom memerlukan pembangunan dan operasi yang tinggi iaitu sejak 1995 hingga Jun 2018, Puspakom mengeluarkan belanja operasi sebanyak RM2 bilion dan RM550 juta dibelanjakan untuk tujuan pembangunan,” katanya.

Bagi tempoh lima tahun sejak 2013 hingga 2017, purata perbelanjaan operasi Puspakom ialah RM9.7 juta sebulan manakala purata kutipan hasil sebanyak RM9.9 juta sebulan, iaitu keuntungan lebih RM200,000 setiap bulan.

Kamaruddin berkata kerajaan turut mengkaji mengenai perjanjian konsesi Puspakom yang akan tamat pada 31 Ogos 2024. – BERNAMA

Tags: Datuk Kamarudin JaafarPuspakom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas UPSI: Laporan Awal PUSPAKOM Dapati Tiada Bukti Kegagalan Sistem Mekanikal Bas

Nahas UPSI: Laporan Awal PUSPAKOM Dapati Tiada Bukti Kegagalan Sistem Mekanikal Bas

14/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Laporan awal siasatan terhadap kemalangan yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya...

Isu Kartel, Runner Di PUSPAKOM Sudah Lama Berlaku – MCW

Isu Kartel, Runner Di PUSPAKOM Sudah Lama Berlaku – MCW

03/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Isu kartel dan 'runner' yang memanipulasi proses pemeriksaan kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sudah lama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd