• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen ‘Solat Berjemaah’ Kalangan Penjawat Awam

oleh
03/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEIK) melancarkan kempen “Solat Berjemaah” bagi membudayakan solat berjemaah dalam kalangan kakitangan awam peringkat negeri dan persekutuan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri, Datuk Dr Ismail Salleh berkata kempen itu bermula hari ini dan melibatkan solat Zuhur, manakala solat Asar digalak untuk dilaksanakan.

“Ini bukan wajib, tetapi kita nak galakkan kakitangan kerajaan semakin ramai bersolat secara berjemaah di masjid atau surau di tempat kerja masing-masing.

“Sempena pelancarannya, kakitangan JHEIK ke Masjid Zahir di sini bagi melaksanakan solat Zuhur berjemaah dan selepas ini kita harap ia dapat diperluaskan lagi di semua jabatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail meminta agar 575 imam masjid memastikan peranan dan fungsi masjid tidak disalahgunakan pihak lain untuk kepentingan politik sehingga menjejaskan hubungan silaturahim dalam kalangan umat Islam.

“Arahan sudah dikeluarkan dan berharap ia tidak berlaku kerana boleh menimbulkan keresahan kepada makmum yang mempunyai pelbagai ideologi politik, barangkali imam sedia maklum hal ini, tetapi mereka yang dijemput mengendalikan kuliah atau membaca khutbah sering berbuat demikian dan kita memandang serius masalah ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) meneruskan program ‘My Daftar Nikah’ hasil inisiatif kerajaan negeri terdahulu dalam usaha menggalakkan pasangan Islam yang berkahwin di luar negara berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri ini.

“Inisiatif ini menggalakkan mereka datang ke bahagian Undang-Undang Keluarga Islam menguruskan dokumen-dokumen diperlukan dan dihantar ke Mahkamah Syariah untuk diselesaikan dan ia tanpa campur tangan mana-mana pihak dalam urusan perbicaraan, penghakiman dan jumlah denda.

“Apa dilakukan ini untuk mempercepat dan melancarkan proses pendaftaran perkahwinan bagi yang bernikah di luar negara agar tidak timbul masalah kepada anak-anak dalam mendapatkan kemudahan disediakan kerajaan,” katanya.

Sejak ia dilaksanakan bermula April hingga 29 Julai lalu, 165 kes poligami dan 196 kes monogami berjaya didaftar dan diselesaikan. – BERNAMA

Tags: solat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Solat Dengan Bunian: Pendakwah Dakwa Video Lama, Sudah Diturunkan

Solat Dengan Bunian: Pendakwah Dakwa Video Lama, Sudah Diturunkan

06/05/2025
0

Alor Setar: Pendakwah terkenal, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli tampil memberi penjelasan bahawa video yang tular membabitkan seorang ulama...

Ismail Sabri Tunai Solat Bersama Rakyat

Ismail Sabri Tunai Solat Bersama Rakyat

04/11/2022
0

BERA – Meskipun merupakan pemimpin nombor satu negara namun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menggunakan kelebihan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd