• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOF Akan Kemuka Tuntutan Sivil Kepada Arul Kanda

oleh
02/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Kementerian Kewangan akan mengemukakan tuntutan sivil terhadap Arul Kanda Kandasamy bagi mendapatkan semula RM2.5 juta daripada pakej gaji yang telah dibayar kepada bekas ketua pegawai eksekutif (1MDB) itu.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata bayaran itu adalah separuh daripada RM5 juta pakej gaji Arul bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

“Kita tidak meluluskan pembayaran RM2.5 juta itu dan tindakan guaman akan diambil untuk mendapatkan balik, malah kami juga sedang mengkaji tindakan lain agar apa-apa keputusan dibuat yang dilihat merugikan 1MDB boleh dituntut balik daripada beliau (Arul),” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Lim berkata tuntutan sivil itu akan dilakukan firma guaman yang dilantik, dan pihaknya juga telah memaklumkan kepada Pejabat Peguam Negara berhubung perkara tersebut.

Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan pakej gaji RM5 juta yang diberi kepada Arul Kanda.

Bekas perdana menteri itu berkata berkata Arul sebenarnya mendapat gaji lebih rendah ketika berkhidmat dengan 1MDB berbanding jumlah yang diterimanya ketika bertugas dengan sebuah bank di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Dalam pada itu, Lim turut mendakwa, tiada rekod yang menunjukkan Arul mendapat gaji yang lebih tinggi sebelum dilantik menjadi presiden dan ketua pegawai eksekutif 1MDB.

“Saya mahu tanya adakah Arul Kanda mendapat RM10 juta setahun sebelum beliau menjadi Presiden 1MDB? Saya tidak ada rekod yang menyatakan demikian,” katanya sambil meminta Najib mengemukakan rekod gaji Arul terdahulu sekiranya ada. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

26/06/2026
0

BUTTERWORTH - Program promosi besar-besaran jualan daging babi sempena Pesta Duanwu akan terus dianjurkan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang membeli...

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd