• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Kaji Wujud Agensi Tunggal Di CIQ Johor

oleh Ahmad Albab
13/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti cadangan untuk mewujudkan satu agensi tunggal bagi menyelaras operasi di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), kata Timbalan Menterinya Datuk Mohd Azis Jamman.

Beliau berkata langkah itu bertujuan memastikan tadbir urus yang lebih cekap memandangkan pada masa ini terdapat agensi dari pelbagai kementerian yang mengendalikan operasi masing-masing iaitu 23 agensi di BSI dan 13 agensi di KSAB.

“Sewaktu lawatan Menteri Dalam Negeri pada Jun 2018, beliau memberi tempoh kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk menyelaraskan penubuhan satu unit khas bagi tujuan meningkatkan operasi,” katanya menjawab soalan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PKR-Johor Bahru) mengenai formula dan tempoh pelaksanaan bagi mengurangkan kesesakan dan masa menunggu terutamanya rakyat Malaysia yang mahu ke Singapura melalui CIQ, Johor, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini

Sementara itu, Mohd Azis berkata KDN memberi tempoh tiga bulan kepada pasukan khas yang diwujudkan di bawah Kerajaan Negeri untuk mengkaji langkah-langkah komprehensif bagi mengatasi kesesakan di CIQ berkenaan.

Katanya, kesesakan di kawasan sempadan itu cuba dikurangkan melalui beberapa langkah termasuk pemeriksaan imigresen bagi rakyat Malaysia yang ke Singapura hanya melibatkan pengimbasan pasport melalui sistem berpusat imigresen.

Bagaimanapun, faktor kesesakan turut berlaku apabila pihak berkuasa Singapura melaksanakan pemeriksaan penuh terhadap pelawat yang masuk dari Malaysia sehingga memasuki kawasan CIQ. – BERNAMA

Tags: CIQ JohorKDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani berpendirian isu pelarian perlu diuruskan secara berhemah, berasaskan fakta serta mengambil kira pertimbangan keselamatan dan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd