Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Sweet.. Selfie Dua Pemimpin...

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak berkongsi gambar selfie bersama Presiden Baharu...

Mah Siew Keong Umum...

SEREMBAN - Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini mengumumkan secara rasmi perletakan...

Lelaki Jalan Bogel Di...

SEORANG lelaki yang bertelanjang bulat dikesan berkeliaran di sebuah pusat beli-belah popular di Kuala...

Polis Lahad Datu Tahan...

LAHAD DATU - Polis Lahad Datu menahan seorang lelaki warga Filipina kerana memiliki...

Jawatankuasa Pemilih Parlimen Ke-14 Ditubuh

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pemilih ditubuhkan hari ini bagi tempoh Parlimen ke-14 yang terdiri daripada seorang Pengerusi dan enam orang ahli.

Penubuhan jawatankuasa itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pengumuman itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Arif Md. Yusof telah dilantik menjadi Pengerusi jawatankuasa berkenaan.

Enam ahli jawatankuasa yang dilantik ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Penampang, Ignatius Darell Leiking; Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai dan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, Mohamad Arif berkata, semalam, Ahmad Zahid telah mengemukakan surat kepadanya yang mahu menolak pelantikannya sebagai ahli jawatankuasa berkenaan dan mencadangkan untuk digantikan dengan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Walau bagaimanapun, katanya, beliau telah meneliti perkara ini dan mendapati ia tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat .

“Ia tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 26, 27 dan 30 (3) iaitu yang mengkehendaki usul dikemukakan bersama satu notis. Justeru, saya tidak membenarkan ia dibangkitkan di dalam dewan ini,” ujarnya.


Jawatankuasa Pemilih akan dilantik pada awal Parlimen bersidang untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan Mesyuarat.

Jawatankuasa ini juga menjalankan perkara-perkara lain yang diserahkan kepadanya dari satu masa ke satu masa.

Jawatankuasa Pemilih perlu memaklumkan kepada Majlis Parlimen apabila seseorang ahli menjadi ahli sesebuah jawatankuasa dengan mengeluarkan satu penyata.

Badan itu walau bagaimanapun tidak mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana individu hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika Majlis Parlimen memberi kuasa untuk berbuat demikian.

Selain penubuhan Jawatankuasa Pemilih, Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh, masing-masing sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa kira-kira Wang Negara (PAC) bagi Majlis Parlimen ke-14. – UTUSAN ONLINE

Kategori