• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Lupa Diri Dengan Jawatan – Wan Azizah

oleh
26/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan semua pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang menerajui kerajaan sekarang supaya menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tidak lupa diri dengan jawatan disandang.

Beliau yang juga Presiden PH berkata mereka perlu sentiasa mengingatkan diri bahawa pakatan itu menang atas niat untuk membela nasib rakyat terutamanya golongan miskin sekali gus perlu dapat melaksanakan tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin bagi memenuhi janji itu.

“…apabila (Menteri Besar Kedah) Datuk Seri Mukhriz (Tun Dr Mahathir) kata dalam ceramahnya sebelum Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) sampai tadi, dulunya Perdana Menteri dulu (Datuk Seri Najib Tun Razak) semasa nak hadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) cerita bab baik sahaja, boleh menang dua pertiga.

“Saya terfikir, kita dah diuji, dah dapat amanah, dapat pegang jawatan, jangan dok lupa, betul dak? Jangan dok keliling orang nak cerita yang baik-baik sahaja. Jangan lupa kita menang atas niat, atas janji kita nak bela rakyat terutama rakyat termiskin.

“…ini yang dikatakan kita akan diuji. Dulu kita tidak ada jawatan…jadi bila ada jawatan ini kadang-kadang lupa, lupa daratan, itu saya nak habaq (beritahu) dekat diri saya sendiri terutamanya,” katanya ketika berucap pada Program Jelajah Malaysia Baharu peringkat negeri di sini malam ini.

Turut hadir Tun Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PH, dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Pertahanan merangkap Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, serta Mukhriz merangkap Pengerusi PH Kedah.

Sementara itu, Mohamad berkata sokongan rakyat untuk melihat Malaysia kembali pulih kepada keadaan asal dilihat sangat tinggi.

Beliau berkata bukti sokongan itu dapat dilihat melalui sambutan rakyat terhadap Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) yang cukup baik dan hangat sejak ia dilancarkan Mei lalu.

“Mereka turut sama untuk membantu mengurangkan hutang negara yang mencecah lebih RM1 trilion.

“Jadi saya minta rakyat untuk terus beri sokongan kepada kerajaan dan saya juga yakin kita mampu hakis tohmahan bahawa kita tidak peduli kaum Melayu,” katanya.

Mohamad berkata beliau melihat lebih ramai kaum Melayu yang mula menyertai parti-parti dalam PH bagi memastikan adanya keseimbangan semua kaum dalam pemerintahan kerajaan di bawah PH. – BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd