• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Jadi ‘Bangang Politik’ – Abdullah Sani

oleh Cj Mnh
16/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Jangan jadi ‘bangang politik’ dan berhenti menjadi bodoh atau ‘pak turut’ secara membuta tuli.

Itu reaksi Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid terhadap gesaan pihak tertentu supaya beliau memohon maaf selepas melakukan serangan secara terbuka terhadap kepemimpinan tertinggi PKR.

Beliau berkata, tiada sebab untuk memohon maaf kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin, malah menegaskan dirinya membawa suara majoriti ahli parti itu.

“Siapa dia (Setiausaha Politik kepada Zuraida, Nor Hizwan Ahmad)? Siapa dia untuk desak saya minta maaf?

“Dia hanya budak hingusan yang baharu muncul. Dia tidak tahu apa-apa dan jangan hendak mengajar kami,” katanya kepada NSTP di sini, hari ini.

Kata Abdullah Sani yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, kenyataan terbukanya terhadap Mohamed Azmin dan Zuraidah dibuat secara rasional serta berasas.

“Saya tidak takut. Saya bukan buat salah dan saya buat ini adalah perkara yang betul. Jadi, saya tidak akan tarik semula kenyataan yang dibuat,” katanya.

Ditanya sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menghubunginya selepas berlaku perbalahan terbuka antara pemimpin parti itu, beliau berkata, Anwar tidak pernah menghubungi atau memanggilnya untuk bertemu secara peribadi.

Semalam, Nor Hizwan menggesa Abdullah Sani memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah kepada Zuraida.

Ia selepas Abdullah Sani mendakwa Zuraida mengugut untuk ‘menghentam dan menelanjangkan’ isterinya, Datin Faezah Ariffin, yang juga calon Naib Ketua Wanita PKR.

Ugutan itu dipercayai dibuat berikutan Faezah mengkritik kepemimpinan Zuraida sebagai Ketua Wanita dalam satu majlis parti di Seremban, baru-baru ini.

Selain itu, Abdullah Sani turut mendakwa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin mendalangi konspirasi untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri.

Beliau mendakwa Mohamed Azmin turut bekerjasama dengan Daim bagi menghentikan peralihan kuasa yang dipersetujui oleh semua parti dalam Pakatan Harapan sebelum ini. – BH Online 

 

Tags: Datuk Abdullah Sani Abdul Hamiducapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KP J-KOM Ucap Terima Kasih Kepada Aminuddin

KP J-KOM Ucap Terima Kasih Kepada Aminuddin

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mengucapkan terima kasih kepada bekas Menteri Besar Negeri...

“Marilah Kita Sama-Sama Mohon Maaf Satu Sama Lain” – Ucapan Sayu PMX Anwar

“Marilah Kita Sama-Sama Mohon Maaf Satu Sama Lain” – Ucapan Sayu PMX Anwar

31/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada penuh lembut dan sayu memohon seluruh rakyat Negeri Sembilan saling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd