• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Cetus Provokasi Semasa Kempen 2 PRK – Polis

oleh Ahmad Albab
18/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Polis mengingatkan semua pihak supaya menjaga dan memelihara ketenteraman di sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil DUN Balakong dan Seri Setia selama tiga minggu bermula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab juga berpesan supaya penyokong dan yang terbabit dengan kempen tidak melakukan provokasi ke atas pihak lawan, tidak membangkitkan isu sensitif serta merosakkan harta awam.

“Pihak-pihak yang berkempen dinasihati mengikut prosedur dan undang-undang yang telah ditetapkan terutamanya dari segi permit ceramah dan masa yang ditetapkan. Calon yang bertanding dinasihatkan agar tidak menghantar permohonan permit untuk mengadakan ceramah di saat-saat akhir,” katanya dalam satu kenyataan.

Proses penamaan calon kedua-dua PRK itu hari ini berjalan lancar tanpa berlaku sebarang insiden yang menggugat keselamatan.

Beliau berkata polis memberikan fokus kepada memelihara ketenteraman dan keselamatan awam serta pencegahan jenayah.

Ab Rashid berkata bagi tujuan itu, polis akan menempatkan elemen penugasan polis seperti balai polis bergerak serta rondaan yang lebih kerap oleh kereta peronda MPV, Unit Rondaan Bermotosikal dan trafik di tempat-tempat yang strategik bagi mencegah jenayah serta melancarkan perjalanan trafik sepanjang tempoh berkempen kelak.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mempercayai sumber-sumber maklumat yang tidak sahih sebaliknya merujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu untuk mendapatkan fakta daripada sumber yang boleh dipercayai, katanya.

​​​​​​​​​​​​​​Ab Rashid berkata orang ramai boleh menyalurkan atau mendapatkan pengesahan daripada polis dengan menghubungi talian Hotline 03-2052 9999 atau menyalurkan maklumat di facebook rasmi Polis Selangor di alamat http://www.facebook.com/PolisSelangor.

Bagi tujuan untuk menyalurkan maklumat yang cepat dan tepat, polis telah melantik Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof sebagai jurucakap bagi PRK Balakong manakala Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din bagi PRK Seri Setia. – BERNAMA

Tags: polisPRK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd