• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAKOA Terus Main Peranan Majukan Masyarakat Orang Asli

oleh
02/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan terus memainkan peranan membawa masyarakat Orang Asli ke arah masyarakat yang memiliki minda kelas pertama sejajar dengan misi negara maju pada tahun 2020.

Penolong Pengarah Kanan (Perangkaan), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKOA, Mohd Azahar Ab Manaf berkata usaha ke arah peningkatan modal insan seiring dengan pembangunan sosio ekonomi, mampu membawa masyarakat Orang Asli ke tahap yang lebih tinggi.

“JAKOA mengambil berat berkenaan isu-isu yang berkepentingan seperti hak milik tanah, kadar kemiskinan, pendidikan dan kesihatan. Sehubungan itu, sebagai jabatan yang bertanggungjawab, sudah pasti JAKOA akan memastikan bahawa setiap hak dan keistimewaan masyarakat Orang Asi terus diperjuangkan.

“Saya amat gembira melihat pelbagai sudut potensi masyarakat Orang Asli telah berjaya dilahirkan. Ia adalah keberkesanan daripada program yang dilihat memberi impak positif kepada pembangunan Orang Asli seperti program khusus peningkatan taraf hidup Orang Asli, skim pembangunan kesejahteraan rakyat, program peningkatan kapasiti dan kapabiliti kumpulan khusus dan lain-lain lagi,” katanya

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Mesra Rakyat Pemimpin Bersama Masyarakat Orang Asli Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu 2018 oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar negeri Ismail Ahmad di Kampung Orang Asli Tekir, Labu dekat sini, hari ini.

Mohd Azahar yang mewakili Ketua Pengarah JAKOA Ajis Sitin pada majlis itu berkata peranan JAKOA sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam melaksanakan program transformasi untuk masyarakat Orang Asli telah memberi kesan dalam aspek pembangunan infrastruktur, ekonomi, modal insan, pendidikan dan kebajikan.

Katanya usaha yang dilakukan secara berterusan dalam memartabatkan adat budaya dan seni warisan Orang Asli yang menjadi teras dalam sosio budaya masyarakat Orang Asli akan terus dipelihara.

Sementara itu, Ismail yang juga anggota DUN Labu berkata program sebegini sangat bermakna kerana ia adalah pertemuan secara langsung antara kepimpinan di peringkat akar umbi kampung Orang Asli dan penduduk kampung.

“Ia sekaligus membuktikan keakraban kita sebagai satu komuniti di bawah naungan kepimpinan kerajaan negeri,” katanya.

Program hari ini disertai penduduk di dua kampung Orang Asli iaitu Kampung Tekir dan Kampung Sebir. Turut hadir Pengarah JAKOA Negeri Sembilan Haslin Abdul Razak. – BERNAMA

Tags: JAKOA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MOA Pastikan Bekalan Ikan Mencukupi Ketika Musim Tengkujuh

Next Post

Polis Tumpas Kumpulan Samun ‘Geng Dek’

Related Posts

Ketua Pengarah Jakoa ditukar?

13/03/2019
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan ketelusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberikan kebebasan kepada penjawat...

JAKOA Tubuh Pasukan Bertindak Basmi Ponteng Pelajar Orang Asli

03/12/2018
0

IPOH - Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah menubuhkan Pasukan Bertindak Basmi Ponteng bagi membendung gejala ponteng sekolah yang kian...

Next Post

Polis Tumpas Kumpulan Samun 'Geng Dek'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd