• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Sekat Bekalan Minyak Dan Gas Ke Gaza

oleh Haris
02/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISRAEL telah menyekat bekalan minyak dan gas ke wilayah Gaza yang dikepung, dalam tindakan kejam terbaru dikenakan ke atas wilayah itu.

Seperti biasa, Zionis mendakwa sekatan dilakukan sebagai tindak balas serangan dari penduduk Palestin.

Menteri pertahanan rejim Israel Avigdor Lieberman mengarahkan penghentian bekalan melalui pintu Karam Abu Salem, laluan perdagangan yang ditutup sebahagian.

Keputusan ini yang berkuatkuasa Khamis, akan diteruskan hingga sebarang makluman dibuat.

Pada 9 Julai lalu, Israel menutup laluan komersil ke Gaza, menafikan bekalan penting kepada dua juta penduduknya.

Sekatan itu hanya membenarkan keperluan kemanusiaan seperti gas memasak, gandum dan tepung.

Sekatan juga menjejaskan eksport Gaza, memburukkan lagi ekonomi yang sudah sedia lumpuh akibat sekatan yang sudah masuk 12 tahun.

Menurut pegawai di Gaza, sekitar 40 hingga 50 trak membawa barangan keluar untuk eksport sebelum penutupan.

Kawasan Gaza bergantung pada generator menggunakan minyak apabila gangguan elektrik yang berlaku selama berjam-jam sehari berlaku.

Protes terhadap sekatan meningkat sejak beberapa minggu lalu daripada warga Gaza.

Sekatan oleh Israel dan negara jirannya Mesir meliputi sekatan laut, udara dan darat dimulakan pada tahun 2006.

Ada pihak Palestin yang menggunakan layang-layang diterbangkan membawa objek berapi ditujukan pada kawasan pertanian Israel, dan telah mengakibatkan kemusnahan bernilai ratusan juta dolar AS.

Israel menggunakan dron untuk memintas layang-layang tersebut tetapi ada dron yang ditembak jatuh oleh pihak Palestin.

Sebelum ini, Israel menyerang sasaran didakwa milik Hamas di Gaza, mengakibatkan kematian orang awam bulan lalu.

Sejak 30 Mac, warga Palestin di Gaza telah menjalankan protes menuntut hak mereka untuk pulang ke kediaman di tanah asal mereka yang dirampas Yahudi pada 1948.

Sekurang-kurangnya 153 orang sudah terkorban akibat tembakan pihak Israel sepanjang protes berlangsung. – Al-Jazeera

Tags: GazaIsraelPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd