• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iskandar Malaysia Berdepan Cabaran Bandar

oleh Cj Mnh
07/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Iskandar Malaysia, wilayah pembangunan ekonomi merangkumi kawasan seluas 2,217 kilometer persegi di bahagian selatan Johor, ketika ini berdepan dengan cabaran bandar berikutan perubahan iklim dan pertumbuhan ekonomi.

“Satu daripada cabaran bandar kritikal kami sebenarnya adalah air,” kata Ketua Perancangan dan Pematuhan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Maimunah Jaafar kepada Bernama.

Maimunah, yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Bandar Pintar bagi ASEAN Smart Cities Network, ditemui selepas Sidang Kemuncak Bandar Raya Dunia yang diadakan di sini, baru-baru ini.

“Kami sedang meneliti bagaimana kami boleh menggunakan penyelesaian pintar untuk menguruskan sumber air kami, bagi bekalan dan pengedaran untuk seluruh wilayah ini,” katanya.

Maimunah berkata IRDA sebenarnya telah membangunkan satu perkumpulan pengurusan air bersepadu yang bertujuan “memaklumkan kepada kami apakah perkara yang kami perlu lakukan untuk menguruskan bekalan dan pengedaran air kami.”

Selain perkumpulan itu, beliau berkata IRDA terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana penyedia penyelesaian, bukan sahaja daripada pasaran tempatan tetapi juga dalam negara-negara ASEAN yang boleh menyediakan penyelesaian bagi menangani cabaran.

“Kami mengalu-alukan rakan kongsi untuk datang. Iskandar Malaysia sentiasa menekankan tentang dorongan swasta, jadi kami menyambut baik mana-mana penyedia penyelesaian yang memiliki model perniagaan yang baik untuk membantu kami dalam perkara ini,” katanya.

Satu daripada bahagian yang boleh dibantu adalah “menukar sistem pemasangan air”, katanya.

“Kami sedang menimbang sekiranya kami boleh menggunakan pemasangan air yang akan membolehkan jenis air berbeza bagi jenis aktiviti berbeza…jenis air yang sesuai kepada orang dan industri yang disasarkan.

“Sekarang, kami menggunakan air boleh diminum. Industri tidak memerlukan air boleh diminum kerana mereka hanya memerlukan air bersih tetapi tidak berapa sesuai untuk diminum,” jelasnya.

Iskandar Malaysia yang meliputi daerah Johor Bahru, Kulai, Pekan Nanas dan Kukup, dengan lima pihak berkuasa tempatan memiliki penduduk kira-kira dua juta orang.

Menurut Maimunah, wilayah ekonomi itu dipilih sebagai Bandar Pintar pada November 2014 di mana ia merupakan kaedah bagi menyelesaikan kebanyakan cabaran bandar.

Pelantikan sebagai Bandar Pintar itu adalah sebahagian daripada usaha ke arah mengiktiraf wilayah tersebut sebagai perintis bagi projek Bandar Pintar di Malaysia, katanya.

Rangka kerjanya menumpukan kepada tiga bahagian, iaitu Ekonomi, Alam Sekitar dan Sosial, dan menggalakkan enam dimensi, iaiatu Ekonomi Pintar, Tadbir Urus Pintar, Alam Sekitar Pintar, Mobiliti Pintar, Rakyat Pintar dan Kehidupan Pintar. – BERNAMA

Tags: EkonomiIskandar Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd