• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 3 Lokasi Di Kedah Belum Selesai Masalah Air

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Hanya tiga lokasi di dua daerah di Kedah masih mengalami gangguan bekalan air setakat ini yang diberikan perhatian kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk diselesaikan dalam tempoh 100 hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga negeri Zamri Yusuf berkata lokasi itu ialah di Pida 11, Tunjang di daerah Kubang Pasu manakala dua tempat lagi di Kampung Hujung Bandar di Sik yang masih terjejas dengan bekalan air.

“(Buat masa ini) kita selesaikan masalah air di tiga lokasi ini dengan cara penghantaran air melalui lori tangki, tetapi tidak terlibat lagi sewa lori tangki (luar) yang mana kosnya RM8 juta tahun lepas. Macam di Pida 11 ini kita hantar air dua hari sekali,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspedisi Sumber Air Negara di negeri ini, di sini, malam tadi.

Mengatasi masalah gangguan bekalan air merupakan antara 10 janji yang terkandung dalam manifesto PRU14 PH Kedah yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari sekiranya pakatan itu berjaya menerajui pentadbiran negeri ini selepas pilihan raya umum itu.

Beliau berkata bagaimanapun masalah gangguan bekalan air di Pida 11 itu tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 100 hari ini kerana ia melibatkan penggantian paip baharu yang memerlukan masa enam bulan untuk siap sepenuhnya.

Zambri berkata ini berbeza dengan masalah gangguan bekalan air di dua tempat di Kampung Hujung Bandar di Sik yang diyakini dapat diselesaikan dalam tempoh 100 hari ini selepas pembinaan rumah pam baharu siap sepenuhnya nanti.

” Alhamdulillah, (urusan beli) tapak (rumah pam) sudah selesai, kita akan buat (rumah pam) segera, kalau tak sempat 100 hari pun, kita dah boleh lancar selepas 100 hari itu,” katanya.

Ekspedisi yang merupakan program kesedaran sumber air itu berlangsung selama tiga bermula semalam. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Ada Yang Menyapa Dan Memanggil Saya YB” – Mukhlis Mubin

“Ada Yang Menyapa Dan Memanggil Saya YB” – Mukhlis Mubin

01/11/2026
0

MELAKA - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah berkongsi pengalaman ada...

‘Lagi Pandai, Lagi Kuat Menipu’ – PMX Anwar Tekankan Kepentingan Akhlak

‘Lagi Pandai, Lagi Kuat Menipu’ – PMX Anwar Tekankan Kepentingan Akhlak

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan memupuk nilai adab dan akhlak dalam kalangan anak-anak di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd