• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Besar Didakwa Pecah Amanah Lebih RM28,000

oleh Cj Mnh
13/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang guru besar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan melakukan pecah amanah bernilai RM28,893.60 antara 2010 dan 2011.

Tertuduh M.Muthu Samy, 56, yang kini bertugas di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Sungai Petani membuat pengakuan itu dihadapan Hakim Azman Abu Hassan dan minta dibicarakan selepas pertuduhan itu dibacakan kepadanya.

Mengikut pertuduhan pertama Muthu Samy yang ketika itu menjadi guru besar di SJKT Ladang Bukit Mertajam, Kulim dituduh melakukan pecah amanah jenayah berkaitan sekeping cek Maybank bernombor 194418 bernilai RM3,661.20 yang sepatutnya dibayar kepada S. Savuntharam iaitu pembekal makanan Rancangan Tambahan (RMT) untuk Mac 2010.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, No A10, A11 & A12, Cawangan Jalan Kampung Baru, Sungai Petani pada 5 April 2010.

Pertuduhan kedua pula Muthu Samy dituduh melakukan kesalahan sama melibatkan sekeping cek Maybank bernombor 194417 bernilai RM7,322.40 yang sepatutnya dibayar kepada Savuntharam sebagai pembekal makanan RMT bagi Januari dan Februari 2010 di lokasi dan tarikh sama.

Sementara itu, berdasarkan pertuduhan ketiga pula Muthu Samy didakwa melakukan kesalahan sama membabitkan sekeping cek Maybank bernombor 194434 bernilai RM8,339.40 yang sepatutnya dibayar kepada individu sama yang membekalkan makanan RMT bagi April dan Mei 2010.

Dia tuduh melakukan kesalahan itu Public Bank Berhad, Cawangan Kuala Ketil, 45 & 46, Jalan Putra, Taman Tanjung Peteri, Kuala Ketil dekat Baling pada 10 Jun 2010.

Mengikut pertuduhan keempat dia didakwa melakukan kesalahan sama melibatkan sekeping cek Maybank bernombor 194464 bernilai RM1,017 yang sepatutnya dibayar kepada Savuntharam sebagai pembekal makanan RMT bagi November 2010 di Malayan Banking Berhad, Suite B-2, Ground Floor, KHTP Business Centre, Kulim Hi-Tech Park di Kulim pada 23 Nov 2010.

Pertuduhan kelima dan kenam pula Muthu Samy dituduh melakukan kesalahan sama di lokasi dan tarikh sama seperti pertuduhan keempat itu dengan pertuduhan kelima melibatkan sekeping cek Maybank bernombor 194465 bernilai RM145.80 yang sepatutnya dibayar kepada Savuntharam sebagai pembekal makanan RMT kepada murid berpindah masuk bernama Premi.

Pertuduhan keenam pula melibatkan sekeping cek Maybank bernombor 194463 bernilai RM4,474.80 yang sepatutnya dibayar kepada individu sama selepas membekalkan makanan RMT pada Oktober 2010.

Pertuduhan ketujuh pula dia didakwa melakukan kesalahan sama membabitkan sekeping cek Maybank bernombor 194495 bernilai RM3,933 yang sepatutnya dibayar kepada individu sama iaitu pembekal makanan RMT bagi Mei 2011.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Public Bank Berhad, Cawangan Kuala Ketil, 45 & 46, Jalan Putra, Taman Tanjung Peteri, Kuala Ketil dekat Baling pada 30 Mei 2011. Sehubungan itu, dia telah didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Bagaimanapun Azman membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua pertuduhan itu manakala menetapkan 19 Sept depan sebagai sebutan semula kes.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) A. Hafiizh Abu Bakar manakala tertuduh diwakili Peguam S.P.Raman. – BERNAMA

Tags: Guru Besarpecah amanah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hutang Negara Bukan Halangan Perkasa Aset Negara

Next Post

PERKESO Kompaun 14 Majikan Di Keningau

Related Posts

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

02/06/2025
0

PESHAWAR: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas dipukul oleh guru besar sekolahnya di hadapan semua murid semasa...

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

14/05/2025
0

Butterworth: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,...

Next Post

PERKESO Kompaun 14 Majikan Di Keningau

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd