• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Pekerja Uji Latihan Keselamatan Kereta Api Laju

oleh Ahmad Albab
28/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Syarikat kereta api Jepun mempertahankan latihan keselamatannya yang memerlukan pekerja duduk bersebelahan trek dalam terowong ketika kereta api laju memecut pada kadar 300 kilometer sejam.

JR West memberitahu, ia tidak berhasrat mengubah suai latihan itu walaupun mendapat aduan daripada pekerja.

Kira-kira 190 kakitangan penyelenggaraan keselamatan kereta api laju Jepun itu menjalani latihan berkenaan, kata jurucakap syarikat.

“Latihan bertujuan mengajar kakitangan penyelenggaraan mengenai kepentingan setiap bahagian tugas mereka.

“Kami memantau rapi isu keselamatan ketika melakukan latihan. Kami akan meneruskan latihan ini sambil memastikan ia berfungsi dan dilakukan dengan selamat,” kata jurucakap syarikat berkenaan.

JR West memperkenalkan latihan itu pada 2016 selepas kemalangan pada Ogos 2015 yang menyaksikan sebahagian bahagian luar kereta api itu jatuh.

Tujuan latihan dilaporkan untuk mengagumkan pekerja mengenai kelajuan kereta api dan menekankan mereka perlu mengambil serius tugasan masing-masing.

Namun ia terbukti tidak disenangi sebahagian pekerja, lapor media tempatan.

“Ia pengalaman menakutkan,” akhbar Tokyo Shimbun memetik seorang pekerja sebagai berkata.

Kereta api laju itu menghubungkan bandar raya di Jepun.

Walaupun dengan jumlah penumpang yang ramai, ia beroperasi dengan ketepatan masa mengagumkan.

Ia juga mempunyai rekod keselamatan amat baik, dengan tiada seorang pun maut akibat nahas dalam perkhidmatannya yang sudah mencecah setengah abad. — AFP/BH ONLINE

Tags: jepunKereta Api Laju
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd