• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Google Sekat Lebih 60 Akaun Dikaitkan Iran

oleh Ahmad Albab
24/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAN FRANCISCO – Google berkata semalam, ia menyekat saluran YouTube dan akaun lain berhubung kempen salah maklumat dikaitkan Iran, susulan langkah sama dilakukan Facebook dan Twitter.

Syarikat teknologi itu berkata, ia bekerja sama dengan firma keselamatan siber, FireEye serta akaun dikaitkan dengan Penyiaran Republik Islam Iran (IRIB) sejak Januari 2017.

“Kami mengenal pasti dan menamatkan sejumlah akaun dikaitkan dengan organisasi IRIB yang menyembunyikan kaitan mereka.

“Pihak yang terbabit dalam operasi pengaruh seperti ini melanggar dasar kami dan kami segera mengeluarkan kandungan seperti itu daripada perkhidmatan dan menamatkan akaun mereka,” kata Naib Presiden Google Kent Walker dalam satu kenyataan.

Google menjadi perkhidmatan dalam talian terbaharu melakukan tindakan keras terhadap usaha salah maklumat berpunca daripada Russia dan Iran dengan sasaran jelas mencetuskan huru-hara dan kekeliruan sebelum pilihan raya Amerika Syarikat (AS) pada November.

Gergasi teknologi itu berkata, ia menyekat 39 saluran YouTube yang menarik sejumlah 13,466 paparan di AS berkaitan ‘video relevan’ dan menyekat enam akaun di Blogger serta 13 akaun di rangkaian sosial Google+.

“Sebagai tambahan kepada perisikan yang kami terima daripada FireEye, pasukan kami menyiasat secara meluas pihak mencurigakan dikaitkan Iran yang terbabit dalam usaha ini,” kata Google. – AFP/BH ONLINE

Tags: googleIran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub TEHRAN – Pihak tentera pusat Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd