• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng Saujana Aktif Curi Motosikal Tumpas

oleh
28/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan ‘Geng Saujana’ yang aktif melakukan kegiatan curi motosikal selepas menahan empat lelaki di sekitar Taman Saujana Puchong dekat sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata kesemua suspek berusia 15 hingga 25 tahun ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya pukul 3.30 petang.

“Polis juga merampas sebuah motosikal, 12 rangka motosikal, enam enjin serta 29 komponen disyaki dicuri oleh kumpulan ini.

“Kumpulan ini aktif melakukan curi motosikal di sekitar Lembah Klang dan dua anggotanya mempunyai rekod jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata modus operandi kumpulan ini adalah dengan mensasarkan motosikal yang ditinggalkan akibat kemalangan serta di tempat letak motosikal di pangsapuri.

“Kumpulan ini akan menunda motosikal yang dicuri sebelum meleraikan komponen untuk dijual di pasaran tempatan,” katanya.

Mohammad Azlin berkata pihaknya berjaya menyelesaikan 12 kes curi motosikal sejak 2014 dengan tumpasnya kumpulan ini.

Katanya, kesemua suspek kini direman untuk disiasat mengikut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd