• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempar NGO Asing Beri Dana Jatuhkan BN

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK beberapa hari lepas gempar di media sosial sedutan rakaman forum di Washington ibu negara Amerika Syarikat, anjuran sebuah think tank terkemuka, CSIS.

Sedutan lebih dua minit itu menunjukkan presiden International Republican Institute (IRI) Daniel Twining menceritakan dengan terbuka dan terperinci pemberian dana National Endowment for Democracy (NED) untuk pembangkang di Malaysia sejak 2002.

IRI yang mewakili Republikan ialah salah satu cabang di bawah NED yang berada di bawah Kongres AS, manakala pihak Demokrat pula menggerakkan National Democratic Institute (NDI).

Twining dengan bangganya menceritakan satu pertemuan di Pejabat Perdana Menteri dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Pemimpin PH berterima kasih kepada IRI katanya, kerana terus menyokong pembangkang, hingga akhirnya berjaya menjatuhkan kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Petikan video pendek itu disiarkan oleh laman Facebook bernama Red Yellow Media dua hari lalu dan sejak itu sudah dikongsi oleh banyak laman dan individu lain.

Pendedahan itu, yang rakaman penuhnya boleh ditonton di Youtube, mengejutkan kerana pengakuan itu dibuat secara terbuka dan boleh memalukan PH.

PH kini sedang mendesak siasatan dakwaan surat kepada CIA yang dihantar oleh perisikan luar Malaysia sebelum pilihan raya umum lepas.

Pendedahan dana kepada pembangkang termasuk PH ini boleh menyebabkan rakyat mempersoalkan PH yang disokong pihak luar dalam mengeksploit isu 1MDB untuk menjatuhkan BN.

Ramai yang mengulas isu pemberian dana dari luar ini bukan sesuatu yang baru, tetapi pendedahan terbuka oleh presiden IRI sendiri.

Beliau mengakui dana NED diberikan kepada pembangkang Malaysia mengesahkan dakwaan BN selama ini.

Pertubuhan Bersih sebelum ini pernah cuba menafikan menerima dana dari NED apabila didedahkan kerana tidak mahu dikaitkan dengan anasir luar.

Bagaimanapun, banyak laporan sudah mendedahkan amalan campur tangan oleh AS dan pertubuhan lain seperti dimiliki George Soros di Malaysia melalui pemberian dana kepada NGO dan media.

Setakat ini, pihak kerajaan PH belum membuat sebarang kenyataan menjawab dakwaan ini. – MYNEWSHUB.TV

Tags: DanaNGOpakatan harapan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kedudukan Sosioekonomi Masyarakat India Terhakis – Charles Santiago

Kedudukan Sosioekonomi Masyarakat India Terhakis – Charles Santiago

21/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago membangkitkan kebimbangan mengenai kedudukan sosioekonomi masyarakat India di negara ini yang...

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd