Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Petugas Media Terengganu Perlu...

KUALA TERENGGANU - Petugas media di Terengganu diminta menyokong agenda Kerajaan Negeri melalui...

Julia Ziegler Tak Kisah...

ISU kontroversi melibatkan selebriti berpenampilan seksi dan berani berbikini bukanlah perkara baru dalam industri...

Rosyam Nor Kongsi Kisah...

ROSYAM Nor atau nama sebenarnya Mohammad Noor Shamsudin merupakan seorang role model untuk pelakon...

Mahfuz Kata Nik Amar...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Timbalan Menteri...

Gempa Lombok Dedah Lokasi Bangkai MH370?

BONGKAR… Kejadian gempa kuat di Lombok, Indonesia baru-baru ini yang ragut ratusan nyawa, ternyata ada hikmah di sebaliknya apabila tanpa disedari merungkai misteri kehilangan MH370.

Perkara itu didedahkan akhbar Daily Star di Britain semalam yang melaporkan seorang pengkaji teori konspirasi menemui lokasi terakhir bangkai pesawat berkenaan tersadai menerusi aplikasi Google Earth secara tidak sengaja.

Ia kelihatan terdampar di perairan berdekatan dengan Kota Padang, ibu wilayah Sumatera Barat, yang dihuni majoriti etnik Minangkabau beragama Islam dan terletak hampir 1,000 kilometer dari ibu negaranya, Jakarta.

Penemuan tanpa dijangka secara kebetulan itu menunjukkan corak penerbangannya seolah-olahnya agak lurus kira-kira 430 kilometer sahaja dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.

Pengkaji tersebut yang turut berkongsi foto menunjukkan imej seperti bangkai kapal terbang di dasar Lautan Hindi itu mendakwa bahawa jika ia benar, situasi ia berakhir agak logik kerana cuma sejam penerbangan terus dari KLIA.

Bagaimanapun, ramai netizen di Britain dilapor tidak yakin dan anggap ia mungkin gambar disunting cantik dengan bantuan teknologi komputer kerana bentuk pesawat tersebut begitu kemas meskipun sudah ‘ghaib’ empat tahun.

Namun pengakji berkenaan tetap pertahan dakwaannya dengan menjelaskan bahawa kapten kapal terbang Malaysia itu berjaya kemudi pesawat untuk mendarat perlahan di perairan yang tenang bagi memudahkan operasi pencarian.


Malangnya, lokasi pendaratan di luar jangkauan radar Indonesia kerana pesawat jenis Boeing 777-200 itu mungkin terbang agak rendah di kawasan terpencil dan di tempat ada banyak sejarah bencana alam sejak ratusan tahun lalu.

Untuk rekod, Kota Padang yang dibuka pada tahun 1669 dan kini dihuni kira-kira sejuta penduduk itu, pernah catat siri kejadian gempa bumi dengan kekuatan hampir 9 pada skala Richter disusuli pula fenomena tsunami dahsyat.

Setakat ini, hujah pengkaji Britain itu terus diperdebatkan ramai netizen sama ada yang bersetuju atau tidak malah ada juga luah kehairanan, kenapa pentadbir Google Earth semacam sengaja pamer lokasi pesawat MH370 tersebut.

Insiden kehilangan kapal terbang Malaysia Airlines itu sehingga kini kekal menjadi peristiwa paling misteri dalam sejarah penerbangan moden di sebalik timbul pelbagai teori konspirasi melibatkan China dan Amerika Syarikat.

Pesawat moden dengan nombor badan 9M-MRO itu hilang di Laut China Selatan pada 8 Mac 2014 ketika terbang dari KLIA ke Beijing, China serta membawa 227 penumpang dan 12 orang krew. – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH370

Kategori