• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Festival Seni Muafakat Johor Dijenama Festival Tari Rakyat Johor

oleh Cj Mnh
14/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Festival Seni Muafakat Johor akan dijenama semula bagi memberi kesan lebih bermanfaat dengan dikenali sebagai Festival Tari Rakyat Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata festival itu akan dibahagikan kepada empat kategori utama iaitu pertandingan zapin Johor, tarian tradisional Melayu, tarian Cina dan tarian India.

“Pada kali ini, terdapat penambahan khas pertandingan iaitu tarian tradisional Melayu di samping mengekalkan tarian zapin dengan beberapa penambahan kategori terutamanya kategori bukan Melayu.

“Ini bertujuan memberi peluang kepada pelbagai kaum untuk menyertai pertandingan sekali gus memahami budaya masyarakat Melayu yang menjadi inisiatif khusus kerajaan dalam menyemarakkan budaya Johor dan perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Zulkurnain Kamisan (BN-Sri Medan) yang ingin tahu adakah Kerajaan Negeri meneruskan Festival Seni Muafakat Johor bagi menyemarak budaya, pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini hari ini.

Mohd Khuzzan berkata kerajaan juga merancang mengadakan Festival Muzik Rakyat Johor 2019 bagi memartabatkan muzik ghazal, keroncong, lagu asli, gendang 24 Cina, gendang India serta kompang.

Beliau berkata pertandingan seumpama itu bukan sahaja dapat mengekalkan budaya Johor dan meningkatkan minat generasi muda, malah pada masa sama meningkatkan jaringan perpaduan dan sosio-ekonomi setempat.

Pelbagai inisiatif turut dilakukan Kerajaan Negeri bagi menyemarakkan budaya Johor antaranya kerjasama dengan pelbagai sektor awam dan swasta, pusat pengajian tinggi, badan bukan kerajaan, orang perseorangan, tokoh budayawan, penggiat seni serta pihak antarabangsa.

“Pelbagai program dilaksanakan seperti bengkel muzik meliputi muzik ghazal, keroncong serta lagu asli, bengkel tari, bengkel kesenian Islam dan bengkel seni teater di semua peringkat. Begitu juga dengan program kerjasama antara jabatan seperti pementasan teater Luqman Al-Hakim iaitu hasil kerjasama Yayasan Warisan Johor dengan Jabatan Agama Islam Johor yang dirancang dipentaskan, bulan depan,” katanya. – BERNAMA

Tags: FestivalTarian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganjur Tarian Minta Maaf

01/07/2019
0

KUALA LUMPUR – Penganjur Perak MUDA  (MUDA) Medalist Dancesport Competitions 2019 and 7th Perak Show Dance Champonships 2019 mengakui tidak memaklumkan mengenai...

Macam Kera Kena Belacan – Hadi Ulas Isu Tarian Tular

24/01/2019
0

SINIS... Datuk Seri Abdul Hadi Awang membanding tingkah laku individu berprofil tinggi bidang kehakiman di pentas baru-baru ini boleh diibarat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd