• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fazura Jawab Tuduhan ‘Dating’ Dengan Pereka Fesyen

oleh Ahmad Albab
06/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Nur Fazura secara sinikal membalas komen seorang individu yang cuba melakukan provokasi di laman Instagramnya.

Fazura, 34, berkata dia berterima kasih kepada individu tersebut yang sentiasa mempunyai masa terluang melihat segala aktivitinya.

Menurut pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin ini, suaminya iaitu pelakon Fattah Amin seorang yang penyayang dan turut menyayangi sahabat-sahabatnya.

“Sudah tentu awak tahu sebab awak kan peminat setia saya. Sentiasa luangkan masa awak fokus segala yang saya buat.

Fazura membalas komen individu yang cuba melakukan provokasi terhadapnya.

“Terima kasih. Saya sangat rendah diri. Suami saya seorang yang penyayang dan turut sayangkan sahabat-sahabat saya.

“Setiap kali dia sibuk bekerja, dia akan suruh saya luangkan masa dengan kawan-kawan supaya mereka boleh temankan saya,” tulis Fazura di ruang komen tersebut.

Pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu juga mengajak pemilik akaun bernama @smith.kimi23 tersebut turut meluangkan masa bersama rakan-rakannya.

“Kalau awak nak turut serta marilah. Awak boleh duduk dengan kami. Lots of love! Terima kasih minat kat saya,” katanya.

Fazura sudah lama berkawan baik dengan Rizman sejak sebelum berkahwin dengan Fattah.

Sebuah akaun yang dipercayai palsu itu telah menuduh Fazura keluar berdua-dua dengan pereka fesyen Rizman di Pavilion, Kuala Lumpur tanpa pengetahuan suami pelakon itu.

“Fazura, awak ingat kita tak tahu sekarang pukul 10 awak dan Rizman dating di Pavilion.

“Sedarlah diri kamu Fazura. Awak dan ada suami tahu! Tuhan tahu Fazura,” kata individu tersebut.

Fazura sememangnya sudah lama berkawan rapat dengan pereka fesyen terkenal itu dan kerap meluangkan masa sejak sebelum dia berkahwin lagi. – mStar Online

Tags: fazurapelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd