Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Jika Berlian Teman Sejati...

KUALA LUMPUR - Sering dikatakan bahawa tidak ada yang lebih romantis daripada menghadiahkan...

FAS Tuntut Selangor Pindah...

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menuntut kerjasama daripada kerajaan Selangor...

Dua Ditahan Berkaitan Tembakan...

ALOR SETAR - Dua lelaki tempatan ditahan polis semalam selepas disyaki terbabit dalam...

Aliff Dah Mengaku Salah,...

UMUM sudah tahu pelakon baharu Afifah Nasir terpalit kontroversi berpegangan tangan dan keluar...

Equanimity: Kalau Tak Sah, Bertanggungjawablah

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, perlu bertanggungjawab jika kapal mewah Equanimity yang dikatakan sebagai miliknya, diperoleh secara tidak sah.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata setiap tindakan perlu dilakukan berlandaskan undang-undang.

“Saya ingin menyatakan tiada sesiapa boleh melangkaui kedaulatan undang-undang dan sesiapa saja yang melakukan kesalahan, perlu dikenakan tindakan undang-undang.

“Jika kapal mewah itu diperoleh secara tidak sah iaitu menggunakan wang bukan miliknya seperti didakwa, dia (Jho Low) perlu bertanggungjawab. Itu pendirian saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang mencabar Jho Low pulang ke Malaysia untuk bersemuka dengan pihak berkuasa selepas mengkritik rampasan kapal Equanimity.


Khairy dilaporkan berkata, Jho Low mesti keluar daripada persembunyian jika beranggapan tidak melakukan kesalahan.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, UMNO akan terus terpalit dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selagi Jho Low melarikan diri dan kes mahkamah berkaitannya tertangguh. – BH ONLINE

Kategori