• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Yaakob Sapari Di PRK Seri Setia?

oleh Ahmad Albab
07/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PKR dijangka mempertaruhkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Sumber dalaman parti itu berkata, nama Yaakob disebut-sebut berdasarkan pengalamannya dalam parti selain pernah menjadi ADUN Kota Anggerik selama dua penggal dan bekas EXCO Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor.

“Yaakob boleh dianggap sebagai orang lama dan berpengalaman. Khabar angin mengatakan beliau akan dipilih sebagai calon juga sedang bertiup kencang.

“Bagaimanapun, perlu menunggu keputusan pucuk pimpinan parti terlebih dahulu dan mereka dijangka membuat pengumuman dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yaakob sebelum ini menjadi koordinator membantu kemenangan calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni pada PRK Sungai Kandis Sabtu lalu.

PRK Seri Setia diadakan selepas penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, Khamis lalu akibat barah usus dihidapinya sejak dua tahun lalu.

PAS dijangka meletakkan calonnya selepas Barisan Nasional (BN) memberi laluan pada PRK Seri Setia. – BH ONLINE

Tags: PKRPRK Seri Setia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd